Yantzen mendedahkan masih belum sembuh daripada penyakit misteri yang dihidapinya sejak tiga bulan lalu. Katanya ia sukar dirawat kerana tidak dapat mengenal pasti punca sehingga hari ini.
“Setakat ini, saya bersyukur masih diberikan tenaga. Saya jumpa doktor, mereka nak buat ujian tetapi rasanya tidak perlulah. “Saya mengalami sakit ini tiga bulan lalu termasuk kebas pada bahagian kaki dan puncanya masih belum diketahui,” katanya selepas sidang akhbar Konsert Semangat Zaman, di sini hari ini. Tidak berdiam diri, dia turut melakukan rawatan tradisional bagi merawat penyakit misteri tersebut. “Kesakitan itu datang secara tiba-tiba terutama pada waktu malam ketika hendak tidur. Hendak kata penyakit gout pun, tidak pastilah. “Pada hari siang, saya okey lagi hendak tahan sakit tetapi jika waktu malam yang sepatutnya berehat, memang tidak boleh bertahan,” ujarnya.
Dalam pada itu, dia turut mengakui penyakit misteri tersebut turut menjejaskan kesihatan mentalnya dan mengelak untuk berkongsi tentang masalah kesihatan dengan orang ramai. “Penyakit ini buat saya berhalusinasi perkara yang tidak betul. “Kadang-kadang apabila menghadiri mana-mana acara, fikiran saya akan bercelaru. “Saya kini bergantung kepada rawatan tradisional dan banyakkan amalan zikir untuk merawat penyakit ini,” katanya lagi. Sebelum ini, Yantzen pernah mendedahkan dia mengalami masalah sukar untuk tidur namun puncanya tidak dapat dikenal pasti sehingga hari ini. Sementara itu, Yantzen bakal terlibat dalam konsert Semangat Zaman di Zepp Kuala Lumpur pada 29 September depan. Konsert tersebut turut menampilkan barisan artis rock legenda tanah air seperti Datuk Nash dari kumpulan Lefthanded, Joey (Bumiputera Rockers), Aris (Ariwatan), Jatt (Black Dog Bone), Rahmad (Mega), Muss dan Bandi (Amuk). – CARI Sumber: Kosmo
|
dudaberhias replied at 4-7-2023 05:59 PM
Sakit misteri apoooo? Sakit misteri macam sister @Bipolajourney ke tu? Harap2 heols tak join forum y ...
Bipolajourney replied at 4-7-2023 06:35 PM
Biarlah dirinya menasihati dirinya sendiri
dudaberhias replied at 4-7-2023 05:59 PM
Sakit misteri apoooo? Sakit misteri macam sister @Bipolajourney ke tu? Harap2 heols tak join forum y ...
_blackbird replied at 4-7-2023 06:43 PM
sistur @Bipolajourney boleh jadi presiden kelab kembali ke dunia nyata.. mmg itulah yg ...
dudaberhias replied at 4-7-2023 06:42 PM
harap2 yantzen pergi minta nasihat kawan dia yang skizo gitttuh...
Bipolajourney replied at 4-7-2023 07:11 PM
Cukuplah diri sendiri sebagai penasihat dirinya
Bipolajourney replied at 4-7-2023 11:07 AM
Aku memang dah lama dialam nyata itu pasal adanya thread 2023, thread 2021 biarlah jadi sejarah hi ...
Bipolajourney replied at 4-7-2023 11:11 AM
Cukuplah diri sendiri sebagai penasihat dirinya
Bipolajourney replied at 4-7-2023 07:07 PM
Aku memang dah lama dialam nyata itu pasal adanya thread 2023, thread 2021 biarlah jadi sejarah hi ...
ADVERTISEMENT