Bimbang akan masa depan anak-anaknya yang semakin meningkat remaja, pengacara Sharifah Shahirah mengakui setiap ibu pasti punya kegusaran itu. Shahirah atau lebih mesra dengan sapaan Shiera mementingkan budaya menghormati ibu bapa dan orang sekeliling.
"Itulah dia, saya sebelum mengata anak orang, anak kita dulu. Anak kita pun banyak benda, saya bila duduk tengah makan pun banyak perkara yang tidak diketahui. "Sebagai ibu, kita sibuk bekerja jadi sebelum orang mengata, saya sudah beritahu terlebih dahulu kepada mereka. Pelbagai warna karakter mereka. "Inilah sebenarnya dalam Instagram saja yang indah-indah. Kadang-kadang huru-hara keluarga kami juga. Apa yang pasti sebagai ibu, kita cuba sebaik mungkin. "Saya tak kisah pun anak saya jadi macam Sakinah ke, masih lagi mengingat mak dia. Dia hormat orang tua. 'DNA' kami memang terapkan supaya menghormati ibu bapa dan orang sekeliling," katanya.
Shiera yang mendirikan rumah tangga dengan pelakon Ijoy pada 28 Februari 2003 dikurniakan tiga lagi anak iaitu Airell, Airra, Audra dan Adeena.
|
ADVERTISEMENT