Kuala Lumpur: Ibu bapa masih mempunyai pilihan meskipun berlaku kenaikan harga beberapa jenama lampin pakai buang dalam pasaran ketika ini. Tinjauan mendapati harga lampin pakai buang untuk bayi boleh didapati dari RM24.90 sehingga RM50.90 mengikut jenama, saiz dan kuantiti yang berbeza.
Malah, kenaikan harga antara RM1 hingga RM2 hanya membabitkan jenama yang tertentu sedangkan ada jenama yang tidak berlaku kenaikan harga langsung. Pembantu kedai, Aina Humaira Azaidin, 21, berkata tiada kenaikan harga secara mendadak setakat ini dan jika ada ia hanya membabitkan jenama tertentu sahaja. "Terdapat jenama yang mengalami kenaikan harga tetapi hanya sekitar RM1 hingga RM2. Boleh dikatakan pembekal juga masih mengekalkan harga standard," katanya. Menurutnya, setakat ini tiada rungutan yang diterima daripada pelanggan berkaitan harga lampin pakai buang.
Sementara itu, suri rumah, Shamsiah Mohd Alia, 48, berkata, pengguna perlu bijak dalam memilih jenis lampin pakai buang mengikut kemampuan berdasarkan harga. "Sebagai ibu bapa, kita perlu bijak untuk membuat pilihan lampin pakai buang mana yang sesuai dengan anak. "Memang harga lampin pakai buang sedikit naik tapi bergantung jenama apa yang dibeli, bukan semua naik harga," katanya. Seorang lagi, suri rumah, Farah Shahada, 29, berkata dalam berdepan dengan kenaikan harga, ibu bapa perlu mencari kaedah lain supaya tidak dibebani dengan perbelanjaan yang tinggi. "Ibu bapa boleh mengajar anak supaya membuang air besar di tandas di awal usia supaya tidak terlalu bergantung dengan lampin pakai buang. "Sedikit sebanyak boleh menjimatkan perbelanjaan dan anak juga dapat berdikari lebih awal," katanya. Sumber: Harian Metro
|
CiliPadiSedap replied at 4-7-2023 05:42 PM
ringgit dh junam takkan lah harga barang maintain? biar betul?
Buritan replied at 4-7-2023 05:28 PM
Beli jenama yg plastik cerah bodo tuu berkurap ponggong anak aku.. serik tak berani
syamzana replied at 4-7-2023 05:49 PM
naik sikit...sikit...tanpa disedari tetiap bulan naik hjg tahun bila dikumpul mau dekat rm5/6 naik ...
Buritan replied at 4-7-2023 05:28 PM
Beli jenama yg plastik cerah bodo tuu berkurap ponggong anak aku.. serik tak berani
Atata replied at 4-7-2023 05:59 PM
Mami poko pants.. dari harga 24 2 tahun lalu sekarang dah 34. 10 ringgit naik dalam 2 tahun.
kotakbaju replied at 4-7-2023 06:55 PM
Brand apa tu sis
Dia tengok jugakkan kalau jenama murah tapi serasi dengan anak ok la. Iols gu ...
CiliPadiSedap replied at 4-7-2023 05:42 PM
ringgit dh junam takkan lah harga barang maintain? biar betul?
Buritan replied at 4-7-2023 08:15 PM
Yep betul tuu.. semua org suffer.. laki aku gred 52 pun stress.. pdhl aku ni wpun surirumah tp aku ...
Buritan replied at 4-7-2023 05:28 PM
Beli jenama yg plastik cerah bodo tuu berkurap ponggong anak aku.. serik tak berani
CiliPadiSedap replied at 4-7-2023 08:41 PM
sis marah sebab naik private jet merata rata, kan kecoh kt saudi ada tak nak jumpa dia. balik cove ...
ADVERTISEMENT