Berikutan perkongsian Inspektor Sheila yang mahu mencari calon suami, Iqbal Zulkefli memberitahu dia terbuka hati untuk mengenali wanita itu dengan lebih rapat. Kata usahawan sensasi berusia 29 itu, dia mengikuti perkongsian wanita berkenaan di media sosial dan percaya di sebalik sifat garang yang selalu diperkatakan tentang Sheila, ada ciri-ciri kewanitaan yang membuatkan hatinya tertarik.
"Ya, saya sunyi sekarang ini. Memang tiada kekasih untuk ajak keluar bersama. Jadi tak salah kalau mencuba nasib untuk mencari teman hidup. "Sejak nama dia jadi viral saya juga melihat perkongsiannya di media sosial. Saya jadi tertarik dengannya. Ramai yang bercakap tidak elok tentang dia, itu yang buat saya sedih. "Saya sukakan wanita yang garang... lagi garang, lagilah saya suka. Namun saya juga percaya dia seorang yang manja," katanya kepada mStar. Sebelum itu, Iqbal meninggalkan komen di Instagram mStar menerusi artikel Sheila mahu mencari pasangan hidup.
Sheila atau S. Sheila Sharon, 35, secara terbuka memberi peluang buat mana-mana lelaki yang mahu menjadi kekasihnya tanpa meletakkan sebarang syarat. Dalam hantaran tersebut, Iqbal menawarkan diri untuk bertemu dengan Sheila kerana sudah lama sunyi tanpa berteman. Kata Iqbal, dia memerlukan seorang wanita seperti Sheila yang boleh menjaga dirinya selain mengubah menjadi seorang yang lebih baik. "Saya perlukan seorang yang garang seperti dia supaya boleh marah jika saya nakal. "Saya mahukan seorang wanita yang selalu berbisik di telinga saya. Alangkah bahagianya kalau menjadi teman Sheila dan dia siapkan kopi setiap pagi," ujarnya. Tambah Iqbal dia juga mahukan seorang wanita yang boleh memahami dirinya sebagai seorang usahawan selain dapat menyayangi dia dan anak angkatnya, Ziyad. "Kalau bercakap tentang ciri-ciri idaman, saya mahukan wanita yang sederhana sahaja. Kalau boleh mahu wanita kampung, tapi takut pula tidak terbuka tentang dunia perniagaan sekarang ini. "Apa yang paling penting wanita itu perlulah sayang saya dan anak," jelasnya. Sumber: mStar
|
rayna_raynes replied at 4-7-2023 04:58 PM
pondan memang suka sembang kencang mcm ni, padahal
rayna_raynes replied at 4-7-2023 04:58 PM
pondan memang suka sembang kencang mcm ni, padahal
Buritan replied at 4-7-2023 05:12 PM
Sekali ditengking si Sheila ni.. mau tercabut urat urat pondan.. terus insofff terus JD jntn.. She ...
prince_marhaen replied at 4-7-2023 06:09 PM
Apa yang ponen gundu bottom forever ni merepek ni...
ADVERTISEMENT