Ipoh: Gara-gara bimbang gambar dan video bogelnya tersebar, seorang lelaki kerugian RM200,000 selepas menjadi mangsa pemerasan seorang wanita yang dikenalinya melalui Facebook (FB). Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri berkata, laporan diterima daripada mangsa yang bekerja sebagai mekanik jam 1.49 tengah hari semalam, menyatakan dia diugut oleh suspek menyerahkan wang kepadanya.
Katanya, hasil soal siasat mendapati mangsa hanya mengenali suspek melalui FB sebelum diminta menerima panggilan video yang mana mangsa mendapati suspek dalam keadaan berbogel selain melakukan aksi ghairah. Katanya, mangsa yang terpengaruh dengan aksi suspek kemudiannya turut sama berbogel dan melakukan perkara tidak senonoh tanpa menyedari dirakam. "Mangsa hanya menyedari perkara itu selepas suspek menghantar rakaman kepadanya sejurus panggilan video ditamatkan.
"Suspek menyatakan sekiranya mangsa enggan membayar, dia akan menyebarkan video itu," katanya menerusi kenyataan hari ini. Menurutnya, mangsa kemudiannya melakukan pemindahan wang sebanyak 38 kali secara perbankan atas talian kepada lima akaun bank yang berbeza. "Mangsa dianggarkan mengalami kerugian sebanyak RM200,000 melalui pemerasan itu," katanya. Mohd Yusri berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan dan polis menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah terpedaya dengan individu yang baru dikenali melalui media sosial sehingga boleh mempengaruhi melakukan perkara di luar dugaan, seterusnya menjadi mangsa jenayah pemerasan. -CARI Sumber: Harian Metro
|
laksmanabentan replied at 4-7-2023 03:15 PM
puyooooo 200k tu... kerja mekanik jer tuh......
bersabar la ya bang...
sharlenetexas replied at 4-7-2023 03:27 PM
Nak bogel, bogel je lah. Tapi jgn merakam dan dirakam.
wadiunong replied at 4-7-2023 07:33 AM
kalo sis la kowser nak layan yg ugut tu. lantak la nak tersebar kt mana2 pon. yg penting report pol ...
Orix replied at 4-7-2023 03:37 PM
alahh... ramai je retis burung terbang, elok jah masih jd retis.. inikan pulak mekanik... paling win ...
tumpanglalu74 replied at 4-7-2023 08:13 PM
Tok Adi, Joeripin, Capeq K, Hun Judge, Eman Tino, Edil Zaq, Poji kerepot, Peja T (kes hack).. Sape ...
laksmanabentan replied at 4-7-2023 03:15 PM
puyooooo 200k tu... kerja mekanik jer tuh......
bersabar la ya bang...
tumpanglalu74 replied at 4-7-2023 08:13 PM
Tok Adi, Joeripin, Capeq K, Hun Judge, Eman Tino, Edil Zaq, Poji kerepot, Peja T (kes hack).. Sape ...
AbukRokok replied at 4-7-2023 07:58 PM
Knp xbuat konsep cosplay.. boleh pakai mask
syamzana replied at 4-7-2023 03:59 PM
bodohnya dah habis 200k baru gigih nak lapor polis.
dah kalau tersebar pun nak buat caner, lagipun l ...
ADVERTISEMENT