CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Seniwati Fauziah Nawi Dah Dapat 'Datuk'

4-7-2023 02:52 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1246| Komen: 6

Pengarah Urusan Kumpulan Malaysia Aviation Group (MAG) Izham Ismail dan pelakon veteran Fauziah Nawi hari ini dikurniakan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Darjah Panglima Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran Datuk.


Dua tokoh itu mendahului senarai 297 penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan bersempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong 2023 pada istiadat pengurniaan di Istana Negara di sini.


IG

Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut berangkat ke istiadat itu.

Pada istiadat pengurniaan itu, Al-Sultan Abdullah turut berkenan mengurniakan Darjah Panglima Setia Diraja (PSD) yang membawa gelaran Datuk kepada Setiausaha Sulit Kanan kepada Yang di-Pertuan Agong, Datuk Nazim Mohd Alim.

Seri Paduka juga berkenaan menganugerahkan Darjah Johan Mangku Negara (JMN) kepada 14 individu dan Darjah Setia Mahkota (JSM) kepada 17 individu.


Yang di-Pertuan Agong turut mengurniakan Bintang Kesatria Mangku Negara (KMN) kepada 58 individu, Bintang Kesatria Setia Diraja (KSD) kepada 15 individu dan Bintang Ahli Mangku Negara (AMN) kepada 75 individu.

Pada istiadat pengurniaan hari ini, Al-Sultan Abdullah juga berkenan mengurniakan Pingat Pangkuan Negara (PPN) kepada 72 individu dan Pingat Bentara Setia Diraja (BSD) kepada 43 individu.

Turut hadir pada istiadat itu ialah Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan dan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming.


Sumber: BERNAMA


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ghalibboy 4-7-2023 03:01 PM
Tahniah atas pengurniaan tersebut
Quote SANKURIANG 4-7-2023 04:07 PM
Baru la ada standard, Datukship from Agong.
Quote Komenga 4-7-2023 04:18 PM
Tahniah. Ada dapat elaun apa apa ke bila dapat PJN ni?.
Quote Shahman86 4-7-2023 04:20 PM
Ingat fauziah ahmad daud yg dpt pingat dari agong
Quote aldinaa 4-7-2023 04:28 PM
Itu ke ex?
Quote alesandra 4-7-2023 04:29 PM
Shahman86 replied at 4-7-2023 04:20 PM
Ingat fauziah ahmad daud yg dpt pingat dari agong

Jgn macam,2

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-10-2024 05:24 AM GMT+8 , Processed in 0.029750 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top