PETALING JAYA – Seorang penjaga memarahi guru kerana bekas pensel anaknya hilang di sekolah. Perkara tersebut dikongsi melalui satu tangkap layar mesej daripada individu yang dipercayai ibu bapa kepada seoarang murid yang mempersoalkan bagaimana bekas pensel anaknya yang berjenama mahal boleh hilang di sekolah.
Lagi teruk, ibu bapa murid tersebut juga mengatakan mahu meminta ganti rugi daripada guru terbabit. “Bekas pensel anak saya hilanglah. Mahal saya beli jenama itu, boleh ke saya minta ganti rugi dengan cikgu? “Cikgu tak periksa ke bekas pensel anak saya sebelum balik?,” katanya. Bagaimanapun, tidak dinyatakan sama ada guru terbabit membalas atau tidak mesej tersebut. Tinjauan di ruang komen mendapati rata-rata pengguna mengecam tindakan ibu bapa murid terbabit kerana membebankan guru dengan perkara remeh.
“Sekalipun kotak pensel itu dibuat daripada emas, tugas guru untuk mendidik. Bukan untuk jaga alat tulis pelajar,” kata Rena. “Mintalah anak kamu yang ganti. Potong duit belanja sekolah dia. Kalau cikgu ganti, nanti hilang lagi sebab tak susah pun nanti cikgu gantikan,” kata Luffy. “Siapa suruh belikan yang mahal dan bawa ke sekolah. Maaflah, cikgu bukan jaga anak awak seorang,” kata Hawa. “Pernah jadi pada saya. Pensel warna hilang sebatang, saya pula disoal siasat macam saya tahu bila masa dan di mana anaknya keluarkan,” kongsi Lina. -CARI Sumber: Kosmo
|
tumpanglalu74 replied at 4-7-2023 01:55 PM
https://www.zalora.com.my/p/fjallraven-fjallraven-kanken-pen-case-frost-green-green-2397720
Saje ...
talapia: ada ke parents bodoh macam ni? ...
ADVERTISEMENT