Seoul: Keserasian yang ditonjolkan oleh pelakon Lee Junho dan YoonA menerusi drama King The Land mencetuskan dakwaan kononnya selebriti tersebut menjalinkan hubungan cinta. Bagaimanapun, kedua-dua agensi pengurusan mereka tampil menafikan khabar angin tersebut.
Agensi Lee Junho, JYP Entertainment terlebih dahulu mengeluarkan kenyataan bagi menyelar laporan akhbar berkenaan hubungan cinta mereka itu. "Kami sedang meneliti laporan itu," kata agensi terbabit. Kemudian, menyusul kenyataan SM Entertaintment yang turut menolak dakwaan itu. Terdahulu, sebuah laporan mendedahkan Lee Junho dan YoonA setuju membintangi drama terbitan Netflix itu kerana mereka memang sudah bercinta. Bagaimanapun, agensi Lee Junho yang juga anggota 2PM mendakwa baru pertama kali mendengar mengenai pasangan terbabit menjalin hubungan. Mereka kini hangat diperbualkan selepas siri King the Land meraih perhatian luar biasa. Keserasian mereka cukup dirasai penonton dalam siri romantik komedi terbabit.
Sumber: Harian Metro |
apedehal replied at 5-7-2023 02:42 PM
Cite ni rating tinggi pasaipa?pasal junho ke..sbb storyline sgt boring n lakonan pun cliche ok. imo, ...
apedehal replied at 5-7-2023 02:42 PM
Cite ni rating tinggi pasaipa?pasal junho ke..sbb storyline sgt boring n lakonan pun cliche ok. imo, ...
lucky_peace replied at 5-7-2023 11:18 PM
Setuju, dah ep berapa skg ape punya plot tah la, at least business proposal sblm ni ada la humor g ...
ADVERTISEMENT