CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Polis Siasat 193 Kes Bayi Hantu Di Korea

4-7-2023 01:43 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 436| Komen: 1

193 kes bayi tidak berdaftar semasa dilahirkan kini dalam siasatan Agensi Polis Kebangsaan Korea Selatan.

Menurut pegawai pada Selasa, ia susulan peningkatan kes penderaan kanak-kanak termasuk penemuan mengejutkan dua mayat bayi baru lahir yang disimpan di peti sejuk.



Gambar hiasan

Polis sedang memperluaskan siasatan ke atas kes "bayi hantu" yang mempunyai rekod perubatan kelahiran tetapi tiada pendaftaran kelahiran rasmi.

Siasatan itu susulan tindakan kerajaan melancarkan kempen di seluruh negara untuk memeriksa kesejahteraan lebih 2,000 bayi yang tidak berdaftar, menurut Agensi Berita Yonhap.

Kempen itu dibuat selepas seorang ibu ditahan bulan lalu atas tuduhan mencekik dua bayinya yang baru lahir, masing-masing pada 2018 dan 2019 dan secara rahsia menyimpan mayat berkenaan di dalam peti sejuk di pangsapurinya di Suwon, 30 kilometer selatan Seoul.


Pegawai berkata agensi polis menerima 209 kes bayi hantu setakat ini dengan 193 daripadanya kini dalam siasatan.

Daripada jumlah itu, 20 telah dikesan dan siasatan sedang dijalankan untuk mengesan 178 yang lain, katanya.

Sebelas daripada bayi itu disahkan meninggal dunia, tujuh tanpa sebarang unsur khianat. Baki empat kes masih dalam siasatan kerana disyaki jenayah.

Daripada 20 kanak-kanak yang lokasinya telah ditemui, sembilan masih hidup dan didapati dijaga dengan baik menyebabkan kes mereka ditolak, kata pegawai.


Sumber: BERNAMA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chiyoasuka 1-8-2023 06:35 AM
ksiannya... kenapa la skg makin byk org sakit mental ni buat mcm tu...

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2025 10:18 PM GMT+8 , Processed in 0.222870 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top