CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Jangan Panggil Pakcik, Panggil Abang' - 2 Gadis Cemas Ditenung Lelaki, Cuba Paksa Ambil Gambar Bersama

4-7-2023 01:38 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 543| Komen: 7

Aktiviti riadah dua sahabat di sebuah taman rekreasi bertukar cemas apabila diganggu seorang lelaki yang cuba berborak dan bergambar dengan mereka.

Menerusi pautan klip video yang dimuat naik @S0ftiexrin di akaun TikTok miliknya, lelaki itu duduk di sebelah dua gadis sambil memandang ke arah mereka berulang kali dan cuba berbual.



Kosmo! Online - TikTok

“Lelaki itu dah perhati kita orang dan semasa kawan baik saya nak hantar basikal. Dia tengok dua kali,” katanya.

“Lelaki tersebut juga meminta mereka supaya memanggilnya abang kerana mendakwa belum berkahwin.

“Ada ‘part’ yang lupa nak rakam, tapi dia tanya duduk dekat mana dan dia cakap ‘jangan panggil pakcik, panggil abang, belum kahwin lagi,” ujarnya.

Tidak lama selepas itu, lelaki terbabit bertindak lebih berani apabila cuba memaksa mereka untuk bergambar dengannya.

Bagaimanapun, lelaki tersebut dilihat beredar daripada kawasan itu setelah ajakannya untuk bergambar ditolak.




Justeru, dia menasihati wanita di luar sana supaya lebih berhati-hati dalam menjaga diri apabila berada di luar rumah.

Perkongsian tersebut tular sehingga memperoleh lebih daripada satu juta tontonan dan 78,200 tanda suka. 


Sumber: KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mojarean_X 4-7-2023 01:42 PM
Content????
Quote sufi^_^ 4-7-2023 01:45 PM
Comel je jawapan dia:

"Dia dengan lelaki tak boleh, jaga batas."

Quote tumpanglalu74 4-7-2023 01:45 PM
Ketot & boroi pulak.  Ade hati nak selpie dengan anak dara..  Ptuihhhhhhh!
Quote sufi^_^ 4-7-2023 01:49 PM
tumpanglalu74 replied at 4-7-2023 05:45 AM
Ketot & boroi pulak.  Ade hati nak selpie dengan anak dara..  Ptuihhhhhhh!

Cuba kalau pakcik tu serupa Hyun Bin, agak2 sama tak respon budak2 tu?
Quote OshinDaSolja 4-7-2023 02:59 PM
bagus dik... jgn sesekali trust strangers... walau di mana anda berada hatta di dlam masjid sekalipun... safety first
Quote grouper 4-7-2023 03:03 PM
Nasib la huduh kena viral...klau hensem siap ada yg mintak selpie lagi..
Quote mamajawie 4-7-2023 03:07 PM
kalau daddy2 herlok cam lee byung hun semangat la jugak nak panggil abang n siap ajak dating lagi..ni boroi kedut x pdan rupa

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 11:57 PM GMT+8 , Processed in 0.075814 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top