CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bekas Setiausaha Sulit Bekas Timbalan Menteri Tak Mengaku Tipu Tawaran Projek Kerajaan RM8 Juta

4-7-2023 01:16 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 273| Komen: 2

Mahkamah Sesyen Kuala Pilah hari ini mendakwa bekas setiausaha sulit kepada bekas timbalan menteri atas pertuduhan memperdayakan seorang lelaki berhubung tawaran tender projek kerajaan bernilai RM8 juta.


Datuk Nasarudin Mahamud, 57, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Norma Ismail.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa menipu lelaki berkenaan supaya mempercayai bahawa dia membuat urusan suatu tawaran tender projek kerajaan dengan harga RM8 juta dan dengan curangnya mendorong lelaki tersebut mempercayai tertuduh bertanggungjawab menguruskan projek itu.


Tertuduh ketika diringi pegawai polis sebaik tiba di pekarangan mahkamah pada Selasa.

Lelaki berkenaan memindahkan wang berjumlah RM382,000 ke dalam akaun milik tertuduh dan serahan wang tunai sebanyak RM67,000 yang mana dia tidak berbuat demikian sekiranya tidak diperdayakan oleh tertuduh.


Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah pejabat Mukim Tampin Tengah antara 6 hingga 18 Oktober 2022.

Tertuduh didakwa melakukan suatu kesalahan di bawah Seskyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukan penjara tidak kurang satu tahun dan tidak lebih dari 10 tahun dengan sebatan dan boleh juga dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Amirul Noor Hashimi manakala tertuduh diwakili peguam, Datuk Eddin Syazlee Shith secara pro bono dan Syed Amirul Syed Edros.

Eddin Syazlee memohon mahkamah untuk mempertimbangkan beberapa keadaan antaranya kesalahan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan walaupun tidak boleh dijamin namun penipuan adalah dalam kategori paling rendah.

"Tertuduh melalui proses sukar, baru keluar dari Institut Jantung Negara (IJN) berpindah ke hospital kerajaan dan menghadapi kesulitan membayar bil di IJN. Beliau mempunyai masalah jantung kritikal yang memerlukan urusan segera menjalani pembedahan.

"Tertuduh juga mempunyai penyakit buah pinggang tahap empat. Keadaan ini menyebabkan beliau (tertuduh) memerlukan kebenaran jamin untuk mendapatkan rawatan susulan untuknya buat persiapan.

"Untuk rekod saya menawarkan diri secara probono tanpa bayar," katanya.

Syed Amirul pula dalam rayuannya menyatakan tertuduh juga memberikan kerjasama yang baik kepada polis berhubung kes berkenaan dan tidak wujud keadaan risiko melarikan diri.

"Tertuduh mengalami kesukaran kewangan dan mohon jaminan paling minimum," katanya.

Mahkamah kemudiannya menetapkan 4 Ogos ini sebagai tarikh sebutan semula kes bagi serahan dokumen dan membenarkan jaminan sebanyak RM4,000 dengan seorang penjamin.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mojarean_X 4-7-2023 01:24 PM
Dh tau ada sakit buah pinggang sakit jantung nape nk menipu?
Quote MarryPottet 4-7-2023 03:38 PM
Acik ni sama hampeh mcm boss dia ex deputy minister tu
Mohon dedua melingkup segera

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 09:30 PM GMT+8 , Processed in 0.067886 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top