Hantaran video terbaharu Puteri Sarah Liyana bersama anak-anaknya bagi tujuan promosi produk makanan jenama Pak Mat Western di laman Instagram meraih perhatian peminat. Menerusi video tersebut, pelakon itu baru pulang dari sesi penggambaran dan meluahkan rasa penat sambil memeluk dan mencium anak lelaki sulungnya, Syaikhul Islam. Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji kehebatan Sarah menjadi seorang ibu tunggal kepada dua orang anak yang masih kecil. Malah, ada juga yang mempersoalkan bagaimana pelakon tersebut melihat muka anak lelakinya yang persis muka seperti bekas suaminya, Syamsul Yusof.
“Tengok Puteri Sarah teringat cerita Perempuan Itu, Sarah memang seorang yang kuat. You are strong woman lah Puteri Sarah, love you. “Anak sulung dia muka Syamsul betul. Macam manalah Puteri Sarah tengok dia hari-hari. Si abang ni muka macam ayah, suara macam ayah. Aduh, hari-hari Sarah tengok Syamsul junior,” komen netizen. Sumber: Xtra
|
ADVERTISEMENT