Ahli bina badan terkenal dari Jerman, Jo Lindner, 30, yang dikenali sebagai Joesthetics meninggal dunia di Thailand selepas mengadu sakit leher. Teman wanita yang juga merupakan jurulatih kecergasan, Nicha pada Sabtu memaklumkan mengenai kematian Joesthetics yang juga seorang YouTuber itu.
Menyiarkan gambar dirinya dengan Lindner dalam hantaran di Instagramnya, Nicha memberi penghormatan kepada YouTuber yang disifatkannya sebagai manis (sweet), baik dan rajin. "Dan dia adalah seorang lelaki yang cukup yakin terhadap semua. "Terutama sekali saya. Dia percaya bahawa saya boleh menjadi lebih baik dan menjadi seseorang di dunia ini,” tulisnya di ruangan kapsyen. Untuk rekod, Lindner mempunyai 8.4 juta pengikut Instagram, dan video YouTubenya dilaporkan memperoleh hampir 500 juta tontonan.
|
ADVERTISEMENT