CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tergamam, Kelu Rombongan Lelaki Lepas Bapa Perempuan Minta Wang Hantaran RM29,990 "Anak Saya Lulusan Accountancy"

4-7-2023 12:12 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5786| Komen: 129

Tular di media sosial, video seorang bapa yang sedang berbincang tentang nilai hantaran serta mas kahwin untuk anak perempuannya 

Jumlah yang diletakkan si bapa mengejutkan wakil serta ahli rombongan pihak lelaki.


Menerusi majlis pada 1 Julai baru-baru ini, Fakhrudin Ahmad, 60, menyatakan nilai hantaran anaknya berjumlah RM29,990 sesuai dengan kelayakan akademik yang dimiliki.



"Amalina... dia lulusan accountancy, jadi kita tetapkan (hantaran) RM29,990. Boleh?" katanya secara bersahaja.

Pada ketika itu kelihatan beberapa ahli rombongan pihak lelaki tergamam dan tidak memberi sebarang respons.

Namun suasana senyap dalam beberapa saat itu kembali ceria selepas Fakhrudin menyatakan dia hanya bergurau.


"Dak, melawak je. Tapi mas kahwin betul, dua dinar emas 999.

"Hantaran tu saya melawak, minta maaf. Nilai hantaran saya serah kepada pihak lelaki. Saya tak mahu membebankan. Yang penting tu mas kahwin, wajib dalam Islam.

"Serah kepada pihak lelaki untuk menilai, yang berpatutan serta tak membebankan. Prinsip saya macam tu, saya tak tetapkan," ujarnya kepada tetamu yang hadir.

Bapa kepada tiga cahaya mata yang menetap di Sungai Petani, Kedah itu berkata dia enggan menyusahkan bakal menantunya dan hanya mahu mengikut perkara wajib sahaja.

"Ketika majlis meminang anak saya, pihak lelaki ada tanya tentang nilai hantaran. Saya bergurau saja hantaran RM29,990 tu, sekadar nak meriahkan majlis. Ia berlaku secara spontan.

"Sebab kalau ikut cara Islam, kita tak boleh sulitkan sesuatu urusan perkahwinan, kita kena mudahkan. Rasalulullah SAW kata jangan sulitkan urusan kahwin, kita sebagai umat ikut saja.

"Saya berpegang kepada konsep itu. Sebab itu saya tak nak tetapkan nilai, pihak lelaki boleh bagi ikut kemampuan,"katanya kepada mStar.

Menurut Fakhrudin lagi, Amalina merupakan puteri sulungnya, namun menjadi anak terakhir yang akan mendirikan rumah tangga.

"Amalina merupakan anak sulung. Kedua-dua adiknya dah berkahwin. Untuk ketiga-tiga anak perempuan saya, semua saya tak tetapkan nilai hantaran. Sebaliknya saya serah pada pihak lelaki.

"Memang ada trend orang tetapkan nilai hantaran anak. Pada saya, ia satu amalan yang tak sihat, tak mengikut garis panduan yang diajar Islam. Ia banyak berlaku dalam masyarakat kita.

"Sampai ada yang buat pinjaman untuk urusan perkahwinan. Selain itu, ada juga yang berlawan-lawan buat majlis di dewan, hotel, homestay besar, jadi amalan menunjuk-nunjuk pula," ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Fakhrudin yang juga konsultan Quantum Metal mengakui terkejut video majlis peminangan anaknya meraih tiga juta tontonan di aplikasi TikTok.

Malah, ramai turut memuji pendiriannya yang enggan menetapkan hantaran anak sehingga digelar sebagai 'bapa mentua idaman' oleh segelintir netizen.

"Saya terkejut video tu dapat jutaan tontonan. Sebelum kongsi di TikTok, saya mohon kepada Allah agar benda ni dapat bagi manfaat kepada masyarakat.

"Saya baca juga komen-komen di TikTok. Ada yang tanya, saya masih ada anak bujang ke? Saya kata tiga anak saya dah sold out," ujarnya berseloroh. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Lagubestbest 4-7-2023 12:22 PM
penang boleh tawar menawar.
Quote Supersirap 4-7-2023 12:27 PM
Baguih pakcik ni
Quote Belibis 4-7-2023 12:30 PM
Agen QM rupanya..
Tapi melawak macam ni agak kasar pakcik .
Quote kucingitam 4-7-2023 12:37 PM
Quantum metal...hmm..
Quote salimrock 4-7-2023 12:40 PM
keluar kahak bila sebut nama fakhrudin...

nnti bila akad nikah pn boleh keluar kahak pengantin lelaki


saya terima nikah nya XXXX binti Fakh...uhuk2

maaf kadi terkeluar kahak, lagi sekali ye...
Quote apech 4-7-2023 12:41 PM
Quantum Metal pulakkk....
Quote Radzor 4-7-2023 12:47 PM
nak bagi mas kawin berkira. sedamgkan itu la bini nak bersusah senang bersama kongsi hidup beri zuriat.  beli keta lama² jadi besi buruk sanggup berhutang plak
Quote ultra78 4-7-2023 12:49 PM
Asalkan anak takde penyakit bipolar
Quote TomyamPuteh 4-7-2023 12:51 PM
Edited by TomyamPuteh at 4-7-2023 12:52 PM

Abg aku dulu Konon2 mcm tu la. Kawin dgn makhluk serambi Mekah. Letak je berapa pun. Tak nk jual anak.Alih2 lps kawin kena kontrol mcm lembu cucuk hidung. Satu sen dkt mak pak pun abg aku tak pernah kasi. Belah kelantan nu.  Habis ke ank2 sepupu bini dia  dia yg tanggung. Padan muka dgn abg aku jd lembu kelantan.
Quote Samerosie 4-7-2023 01:02 PM
Kenapa tak kelakar pun?
Quote ResellerMaxis 4-7-2023 01:07 PM
Radzor replied at 4-7-2023 12:47 PM
nak bagi mas kawin berkira. sedamgkan itu la bini nak bersusah senang bersama kongsi hidup beri zuri ...

Bukan soal berkira ke x rasanya. Lain orang lain tahap kemampuan.

Kalau berhutang keliling pinggan untuk kahwin. Nanti lepas kahwin lagi banyak nak guna duit. Dapat anak lagi ar banyak nak guna duit. Stress memanjang dan bergaduh n bercerai sebab duit lak nanti.

Iol kahwin dengan orang kelantan. Dah ar xde hantaran. Cuma ada mas kahwin je.

Semua duit mas kahwin pun parent in law xamik. Bagi dekat wife iol je. Majlis kahwin dekat sana sebab family wife tanggung.
Quote Kitty_catz 4-7-2023 01:09 PM
oo patot la saya tidak terkejutttt, QM rupenyehhhhh...kohhhhhhhhhhh

Fakhrudin yang juga konsultan Quantum Metal mengakui terkejut
Quote adelea 4-7-2023 01:33 PM
Wahhh .. pepuki anak pokcik ada berlian ke …
Quote talapia 4-7-2023 01:42 PM
ResellerMaxis replied at 4-7-2023 01:07 PM
Bukan soal berkira ke x rasanya. Lain orang lain tahap kemampuan.

Kalau berhutang keliling pingga ...

duit mas kahwin memang hak mutlak isteri.. mana bole mak pak pengantin amik. Kalau selagi mas kawin tak bayar.. tak bole 'sentuh' isteri tu.
Quote hmmlantakko 4-7-2023 01:48 PM
melawak kononnn. padahal mmg nk ckp mcm tu pun nk hint2 deme tu. nymph aku tua kutuk mcm ni. patut hntrn ni dibincg antara dua bakal pengntin tu sipi2..  pastu bgtau la wali setuju ke idakkk. nk bincg situ mmg awkward laahhh.


tua pun bodoh
Quote tompie 4-7-2023 01:51 PM
Geng2 QM mendonia semenjak 2 menjak ni..
Quote Radzor 4-7-2023 01:53 PM
Edited by Radzor at 4-7-2023 02:01 PM
ResellerMaxis replied at 4-7-2023 01:07 PM
Bukan soal berkira ke x rasanya. Lain orang lain tahap kemampuan.

Kalau berhutang keliling pingga ...


Iols tak cakap perlu berhutang utk kawen. Iols cakap pasal tahap penghargaan dalam kehidupan. Contoh nye sanggup berhutang utk beli kete yang mahal lebih dari kemampuan. Nnt 10 taoun jadi besi buruk. Nak kawen tayah la buat loan. ,malahan tayah buat loan dlm apa segi sekali pun. Apa yg nak cakap takkan nak kawen tak da persediaan sampai nak loan. Klu takat 30 ribu tu untuk penghargaan diri seorang isteri yang bakal sehidup semati memberi zuriat tak terbanding pun dgn kete bezza 36000 hutang. Apekah taraf seorang isteri. Bagi la pengiktirafan yg tinggi pada kat dia.. ada pulak nanti nak pakai henpon mahal2, hobi main moto mahal. Sport rim nak gempak. Bini nak mengandung, bersalin suruh g beratur spital kerajaan je. pastu bayar loan kete 800, tp bini bagi belanja 300 je. taraf bini dl. kehidupan patut yg paling teratas.  mengatasi segala yg lain.
Quote cm_vungtau 4-7-2023 01:53 PM
Ala kalau rombongan tu tak tergamam, mesti dia takkan cakap dia melawak.
Quote midori888 4-7-2023 02:10 PM
salimrock replied at 4-7-2023 12:40 PM
keluar kahak bila sebut nama fakhrudin...

nnti bila akad nikah pn boleh keluar kahak pengantin lela ...

colleague meols yg caucasian kalu nama org bunyi Fak, diorg takkan sebut the word Fak tu...mcm nama pakcik nie mesti diorg akan panggil Din...

Lihat semua komen(129)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 11:30 AM GMT+8 , Processed in 0.071547 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top