CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Badan Zul Ariffin Macam Nak Terbakar, "Sepanjang 37 Tahun Hidup, Hari Wukuf Di Arafah Adalah Suhu Paling Panas Pernah Saya Rasa"

4-7-2023 12:07 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1086| Komen: 5

Sepanjang 37 tahun hidup, Zul Ariffin menyifatkan cuaca sepanjang melaksanakan wukuf di Arafah baru-baru ini adalah paling panas pernah dirasainya .

Bagaimanapun dia tidak merasakan perkara tersebut sebagai beban sebaliknya satu pengalaman yang tidak boleh dibeli dengan wang ringgit.


Foto: IG

“Sepanjang 37 tahun hidup, hari wukuf di Arafah adalah suhu paling panas pernah saya rasa.

“Ketika itu saya pakai selipar dan tapaknya sangat panas.

“Semua itu pengalaman haji yang tidak boleh dibeli. Sangat seronok,” katanya dalam siaran langsung Instagram.



Dalam pada itu, dia yang popular menerusi drama Perempuan Itu mendoakan semua umat Islam diberi kesempatan untuk menunaikan ibadah haji.

Dia juga berpendapat setiap individu perlu mengejar peluang menunaikan haji, bukan hanya menunggu tanpa sebarang usaha.



“Pada pendapat saya, jangan tunggu dan cari peluang untuk ke sana. Cuba tanya dan sentiasa ambil tahu mengenai ibadah haji.

“Dulu saya selalu minta doa supaya sampai sana tetapi lepak di kedai mamak. Alhamdulillah dapat juga peluang ini.

“Jadi, kalau nak pergi haji, kena kejar. Semoga semua dapat merasai pengalaman ini,” katanya lagi.


Terdahulu, Zul pernah berkongsi pengalaman wukuf di Arafah sehingga tapak kakinya koyak dan kulit badannya terasa seakan terbakar  berikutan cuaca panas di tanah suci.

Zul antara selebriti tanah air yang berpeluang menunaikan haji pada tahun ini.


Antara selebriti lain mengerjakan ibadah itu ialah Datuk Aaron Aziz, Faizal Tahir dan Alif Satar. –CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote samshik 4-7-2023 08:01 PM
Die ni asal nmpk tua dr tok jalal ek??
Quote rosedemon 5-7-2023 09:26 AM
mmg la rasa tbakar balasan dosa suka pegang2 pmpuan
Quote RoseLuna 5-7-2023 09:36 AM
samshik replied at 4-7-2023 08:01 PM
Die ni asal nmpk tua dr tok jalal ek??

Terkedu iols

Quote Incanto 5-7-2023 09:40 AM
samshik replied at 4-7-2023 08:01 PM
Die ni asal nmpk tua dr tok jalal ek??

mmg nampak tua

masa berlakun Perempuan Itu pun nampak tua sgt dari heroin . Macam niece dgn uncle
Quote Incanto 5-7-2023 09:42 AM
rosedemon replied at 5-7-2023 09:26 AM
mmg la rasa tbakar balasan dosa suka pegang2 pmpuan

suhu 50 C

org yg tak pegang perempuan pun rasa terbakor satu badan

takpelah mungkin tu penghapus dosa


Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 08:09 PM GMT+8 , Processed in 0.039302 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top