CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

OIC Seru Isu Bakar Al Quran Tak Berulang - "Islam Bukan Untuk Dihina, Dipandang Serong"

4-7-2023 12:03 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 142| Komen: 0

Susulan insiden al-Quran dibakar di Sweden ketika sambutan Aidiladha minggu lalu, Jawatankuasa eksekutif Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengadakan mesyuarat di Jeddah bagi membincangkan langkah kolektif berhubung isu itu.


Setiausaha Agung OIC Hissein Brahim Taha menyeru negara anggota untuk bersatu dan mengambil langkah bersama untuk mencegah kejadian serupa pada masa hadapan.


PENDUDUK Pakistan di Karachi membakar bendera Sweden sebagai protes terhadap tindakan membakar al-Quran oleh seorang aktivis di luar masjid di Stockholm. - AFP

Jelasnya, OIC dengan tegas mengecam tindakan itu yang menjejaskan rasa hormat antara orang ramai dan usaha global untuk memupuk toleransi dan kesederhanaan.

Hissein turut menekankan kepentingan menyampaikan mesej yang jelas bahawa mencemarkan al-Quran dan menghina Nabi Muhammad SAW bukanlah insiden Islamofobia biasa yang boleh dipandang enteng.


Beliau menegaskan keperluan masyarakat antarabangsa untuk melaksanakan undang-undang yang secara jelas melarang promosi kebencian agama.

Pada 28 Jun lalu, pelarian Iraq, Salwan Momika, 37 mencemarkan al-Quran dan membakar muka surat kitab suci umat Islam itu hingga mencetus kemarahan dan kecaman meluas di seluruh dunia.

Negara-negara anggota OIC bersatu dan sebulat suara mengutuk insiden itu, dengan kecaman keras dinyatakan negara lain termasuk Turkiye, Pakistan, Cameroon, dan Gambia.

Duta besar dan wakil lain menyuarakan rasa tidak setuju dan kebimbangan mereka semasa mesyuarat berkenaan.

Wakil tetap Turkiye ke OIC, Mehmet Metin Eker berkata, tindakan kerajaan Sweden yang enggan mengambil tindakan terhadap serangan provokatif itu malah berselindung disebalik kebebasan bersuara jelas tidak boleh diterima.

“Kami menggesa pihak berkuasa Sweden untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pelaku jenayah ini.

“Kami juga mengajak masyarakat antarabangsa mengambil langkah konkrit bagi mengelak perbuatan provokasi seperti itu berulang,” katanya dipetik Arab News.

Mehmet berkata, penerimaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) terhadap resolusi mengisytiharkan tarikh 15 Mac sebagai Hari Antarabangsa untuk Memerangi Islamofobia merupakan langkah tepat.



Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 08:11 AM GMT+8 , Processed in 0.031667 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top