CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Didakwa Hutang Jutaan Ringgit- Kadir Tak Nak Turunkan Diri Ke Tahap Aliff Syukri, Serahkan Semua Kepada Peguam

4-7-2023 11:38 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6195| Komen: 76

Bekas menteri, Abdul Kadir Sheikh Fadzir, menyerahkan kepada peguamnya untuk menguruskan 'ugutan' dibuat Aliff Syukri.

Alasan Abdul Kadir, dia enggan meletakkan kedudukannya serendah ahli perniagaan terbabit.


Foto: Malaysiakini

“I don’t want to go down to their level (saya tak nak turunkan diri ke tahap Aliff Syukri).

“Sekarang peguam saya sedang uruskan perkara itu,” katanya kepada Malaysiakini.


Terdahulu, Aliff Syukri, 36, meluahkan kekecewaan di Instagram susulan seorang bekas ahli parlimen berasal dari Kedah yang didakwanya liat untuk bayar hutang.

Dalam kenyataannya, Alif berkata, ketika hendak meminta bantuan, individu berpangkat Tan Sri itu terhegeh-hegeh hendak berjumpa dengannya.

Dakwanya, dia sudah cuba menghubungi individu terbabit berkali-kali namun usaha berkenaan menemui kegagalan.



“Siapa kenal Tan Sri ini? Minta dia bayar duit saya berpuluh juta. Dia mesti kaya sebab bekas menteri.

“Orang Langkawi mesti kenal, saya minta tolonglah kalau hantaran ini dilihat oleh anak dia atau saudara. Janganlah menzalimi saya,” katanya dalam satu hantaran di Instagram, kelmarin.

Walaupun tanpa menyebut nama, Aliff yang juga penyanyi lagu Abang Nak Tegur itu memuat naik imej seorang lelaki dipercayai individu yang dimaksudkannya namun menutup bahagian wajahnya.

Ditanya sama ada wujud usaha lain untuk membersihkan imejnya, Abdul Kadir hanya menjawab ringkas.

“Saya dengan orang macam itu tak nak komen. Saya tak nak sebut nama,” katanya.

Dalam hantaran berbeza hari ini, Aliff menyifatkan dirinya hanya ikan bilis jika hendak dibandingkan dengan individu berpangkat Tan Sri yang mempunyai lebih ramai kenalan-kenalan hebat dan berpangkat.

Justeru, katanya, dia perlu berani demi menuntut haknya yang tidak seberapa.

“Saya percaya Tan Sri orang ternama, seorang bilionair yang ada beribu aset di Malaysia.

“Jadi, setakat duit puluhan juta saya itu tak ada masalah untuk Tan Sri berikan sebab itu hak saya. Pelik, takkan Tan Sri nak ambil hak peniaga kecil-kecilan ini?

“Bayangkan siang malam saya berniaga buat live sampai kena maki dan hina. Senang-senang nak ambil hak saya. Jangan sampai saya hilang sabar, tunjuk video dan rakaman semua,” ujarnya. -CARI

Sumber: MalaysiaKini

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote oggy 4-7-2023 11:46 AM
Selalunya kalau taknak komen ni maknanya dakwaan tu betul?
Quote galleria23 4-7-2023 11:51 AM
kaya sangat ke alip sukri ni sampai bekas menteri pun pinjam duit dengan dia?
Quote Burong_Hantuk 4-7-2023 11:53 AM
scary muka si kadir nih...
Quote Purplehaz 4-7-2023 12:04 PM
Org kaya mmg lg liat byr hutang

Bukan xnk byr sbb xde duit..mmg suka lari selagiii bolehhh
Quote kakyun 4-7-2023 12:23 PM
expect tok alip sponsor ke?
Quote 3chanceno 4-7-2023 12:29 PM
Dah pasang loyar pulak atok nie  dalam no komen, no komen nie, pasang loyar nak buka file  tunggu balas Alip lepas nie...siap2 sebalang dua kopok lekor, pasal banyak episod untuk gosip nie
Quote Belibis 4-7-2023 12:36 PM
kakyun: expect tok alip sponsor ke?

Kalau share partner,kemudian bankrap..boleh tuntut jugak ke?
Quote kucingitam 4-7-2023 12:41 PM
kalau share, rugi sama2 la..takkan dia nak tanggung rugi sorang2..
Quote sayurmayur88 4-7-2023 12:55 PM
panjang lagi citer diorang ni..
Quote Kuehraya 4-7-2023 01:00 PM
Jgn tetiba alip sokri ilang x bertanda sudah
Quote dudaberhias 4-7-2023 01:00 PM
Kira theyols share partner kan?

Ambil masa la nak untung pun takkan 3 tahun lepas pandemik terus balik modal... Yihhh...

Quote Incanto 4-7-2023 01:09 PM
Edited by Incanto at 4-7-2023 01:12 PM
galleria23 replied at 4-7-2023 11:51 AM
kaya sangat ke alip sukri ni sampai bekas menteri pun pinjam duit dengan dia?



TS mungkin bnyk harta billion billion tapi jenis saham, hartanah. Nak jual susah atau boleh rugi
Quote rosa_canina 4-7-2023 01:12 PM
Edited by rosa_canina at 4-7-2023 01:14 PM

ada manusia masa nk pnjm duit bkn main..
bila nk bayar buat2 hilang ingatan..
hutang tetap hutang..
Quote noell 4-7-2023 01:13 PM
sapa org baling sini??betoika umah dia ataih bukit dh sama tarap mcm istana negara??
Quote Purplehaz 4-7-2023 01:21 PM
Betul ker duit pinjam yg dituntut?

I  syak dorang ni main saham.. forex, bisnes x untung..duit lebur.
Quote OsHiN_hOnEy 4-7-2023 01:24 PM
Purplehaz replied at 4-7-2023 01:21 PM
Betul ker duit pinjam yg dituntut?

I  syak dorang ni main saham.. forex, bisnes x untung..duit lebu ...

alep ada join beli saham or part ownership of his hotel kot
ada bonda suruh alep jual blk hotel tu
maybe also as cagaran
but katanya dah nak tutup pun aseaana ke hapa nama tu
Quote aku_best 4-7-2023 01:53 PM
Banyak betui duit tok lip..berpuluh juta tu bg org hutang..
Quote lostnfaun 4-7-2023 02:03 PM
galleria23: kaya sangat ke alip sukri ni s ...


Kaya juga sebab pernah nampak dekat twitter ada org share list hartanah alip yg nak dijual.

Dari rumah teres, kondo, apartment, tanah, kedai semua nak jual. Rasa berpuluh aset juga dlm list yg nak jual tue.
Quote marchikobonzo 4-7-2023 02:25 PM
Heh..cari pasal ngan alip tiga suku ni memang nahas la viral 1 malaysia

Lihat semua komen(76)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 06:12 AM GMT+8 , Processed in 0.038022 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top