CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Memang Meremang Dengar, Netizen Dakwa Single Baharu Malique Ada Sedutan Lagu Mona Fandey?

4-7-2023 11:10 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5750| Komen: 55

Seorang pengguna Twitter @Arifis mendedahkan sebuah lagu yang dipercayai single terbaharu penyanyi rap terkenal Malique berjudul Sedih Hati sudah pun dilancarkan.

Apa yang menjadi perhatiannya adalah lagu itu telah disuntik menggunakan lagu nyanyian seorang yang pernah menggegarkan Malaysia dengan kes pembunuhan ngerinya iaitu Mona Fandey.


Foto: Google

Individu itu juga mendakwa vibe atau mood lagu itu amat berbeza lebih-lebih lagi apabila terbaca komen pengguna laman sosial yang mengesahkan permulaan lagu itu adalah lagu Ratapan Anak nyanyian asal Mona Fandey.

"Baru tahu Malique ada keluar new single - Sedih Hati.

"Lain macam ya bila dengar vibe lagu ni.

"Bila baca komen ada yang cakap intro tu lagu Ratapan Anak - Mona Fandey

"Fuhhh bukan biasa-biasa," ciapnya.


Tambahnya lagi Mona Fandey memang seorang penyanyi sebelum menjadi pengamal perubatan atau dukun.

"Mungkin ramai tidak tahu, Mona Fendy pernah menjadi penyanyi sebelum menjadi pengamal perubatan.

"Pernah menggemparkan negara suatu ketika dahulu, Mona Fendy menjadi bualan mengenai kes pembunuhan yang membawa hukuman gantung sampai mati.

"Ini adalah persembahan Ratapan Anak," katanya.

Ciapannya itu dikongsi bersama lagu yang dimaksudkan serta mendapat respon ramai dari pengguna laman sosial berkenaan.

"Ada vibes meremang bila 1st time dengar," respon seorang pengguna twitter.

"Malique ni kira macam Eminem versi Malaysia laa," puji seorang pengguna laman sosial berkenaan.

"Malique punya lyrics semua padu. Ini kalau comeback, confirm gempaks teruks," komen seorang netizen. -CARI

Sumber: Gempak

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote koko12 4-7-2023 11:13 AM
Lain macam kau ni malique. seram oi
Quote dudaberhias 4-7-2023 11:25 AM
semua meremang dengar... hujung2 lagi meremang dengar suara acik eton sameon dan pojiah latif... dengan semua peserta yang masuk mic-on...

semua suara taraf2mesin tebu...

Quote prince_marhaen 4-7-2023 11:46 AM
Mula-mula wow, konon dah tak nak turun mainstream, konon dah cuci tangan, konon nak hidup privacy, tapi tiap tahun ada je keluar lagu2 acah-acah teaser, pastu time final AJL nanti acah2 menyorok tak join... propa sungguh. BBNU kemain konon kagum lah apa la itu la ini lah.. padahal amik sample lagu-lagu lama (atau lagu kontroversi jugak) untuk kekal relevan.

Sama la macam Pezal Taher acah-acah nak lay low, tapi mencapub je buat lagu baru tiap2 tahun, tiap2 raya... acah2 pioneer urban music.. yihh~~~
Quote Prickford 4-7-2023 11:53 AM
prince_marhaen replied at 4-7-2023 03:46 AM
Mula-mula wow, konon dah tak nak turun mainstream, konon dah cuci tangan, konon nak hidup privacy, t ...

Setuju dgn chuolls. Acah2 teroaling deep, terpaling low-life, terpaling privacy. Tapi ujung2 nak jugak nama disebut2 dalam industri. Eminem & Dre tak payah nak nyorok2 pon, tetap gah, matured enough dalam industri tuk paham yg kau tu public figure. Pastu BBNU mula la meremang sana sini, quote lirik Malique. Nak2 brader2 rempit pion tahap PMR suka quote lirik "ijazah terbaik datangnya dari jalanan dari pengalaman bercakap dan bersalaman"
Quote kamexkame 4-7-2023 12:02 PM
Eminem
Lah sangat. Jauh sangat laaa
Quote Kangkung1M 4-7-2023 12:02 PM
Edited by Kangkung1M at 4-7-2023 12:04 AM
Prickford replied at 3-7-2023 11:53 PM
Setuju dgn chuolls. Acah2 teroaling deep, terpaling low-life, terpaling privacy. Tapi ujung2 nak j ...
Nak2 brader2 rempit pion tahap PMR suka quote lirik "ijazah terbaik datangnya dari jalanan dari pengalaman bercakap dan bersalaman"
Haha ye, setujuuu.
[twitter]https://twitter.com/hairulazreen/status/933709872461357056?t=dGocRez2W6_ynqBvAupIzw&s=19[/twitter]
Quote Themilo 4-7-2023 12:03 PM
sejak viral semalam, terus cari CD heols konon nak preorder, tapi dah sold out yachhh
Quote immaryjane 4-7-2023 12:37 PM
prince_marhaen replied at 4-7-2023 11:46 AM
Mula-mula wow, konon dah tak nak turun mainstream, konon dah cuci tangan, konon nak hidup privacy, t ...

Iols tetap rela dia mencapub haha coz lagu2 dia jarang tk best. Kita kekurangan bakat mcm gini ye. Tolak tepi poyo ke ape, hidup dia aman2 je anak beranak tak kcau org.

Oh Inca Medina orang secantik nama
Cantik luar cantik dalam cantik macam mama
Hati macam grandmanya anginnya macam papa
Kalau dah merajuk nampak muncung sampai sana

Ternyanyi pulok. Anak2 mesti lawoooo
Quote missHaidiD 4-7-2023 01:00 PM
prince_marhaen replied at 4-7-2023 11:46 AM
Mula-mula wow, konon dah tak nak turun mainstream, konon dah cuci tangan, konon nak hidup privacy, t ...

Setujy cuols.  Kemahin bbnu agungkan mamat rupa jawa ni


Koserrrrrr kan
Quote Dolmat 4-7-2023 01:05 PM
Macam Awie cakap... NI SEMUA POYO!!!!
Quote harkktuih 4-7-2023 01:10 PM
dia nak lay low dr public, itu hak dia..tapi iols tetap suka dgn karya heols..x yah nk gimik2 murahan, tetap layan lagu2 dia..
Quote edoraixora 4-7-2023 03:27 PM
lagu2 malique, tetap menjadi pojaanku
tak semua lah tapi, kebanyakannya
lantaklah nak kata apa pun, ai just enjoy the music
Quote wannoorazlina 4-7-2023 03:38 PM
prince_marhaen replied at 4-7-2023 11:46 AM
Mula-mula wow, konon dah tak nak turun mainstream, konon dah cuci tangan, konon nak hidup privacy, t ...

lebih baik begini daripada memekak 24jam cam soeb tu..
satgi acik2 porem benci jua
Quote OshinDaSolja 4-7-2023 03:41 PM
buat lagu yg puji sifat2 tuhan lebih baik la malique...orang yg mendengar pun dpat pahala...
Quote MikeSin 4-7-2023 03:45 PM
aku suka lagu Gong Nekara yang katanya hasil anak didik maliq
Quote Nurul8001 4-7-2023 03:53 PM
Edited by Nurul8001 at 4-7-2023 03:55 PM

Komer ni napernya. Asyik nak kutuk je. Elokla Malek ni dari kebanyakan pengkarya. Ni Malek, bukan nya Man Ra yg popular 1 lagu je,bangunla kamu budak flat.
Man Ra tu, ada jugak benda sesuai nak kena kutuk, bini pun dicerainya, hujung2 tak la popular mana. Tenggelam dah.
Malek, buat salah apa




Quote pembacagosip 4-7-2023 04:15 PM
edoraixora replied at 4-7-2023 03:27 PM
lagu2 malique, tetap menjadi pojaanku
tak semua lah tapi, kebanyakannya
lantaklah nak kata apa pun,  ...

haaa kan enjoy the music
Quote pembacagosip 4-7-2023 04:16 PM
wannoorazlina replied at 4-7-2023 03:38 PM
lebih baik begini daripada memekak 24jam cam soeb tu..
satgi acik2 porem benci jua

kan ni senyap2 buat lagu letupan
ni asyik2 cerita pasal kain je bosan

Quote wannoorazlina 4-7-2023 04:19 PM
pembacagosip replied at 4-7-2023 04:16 PM
kan ni senyap2 buat lagu letupan
ni asyik2 cerita pasal kain je bosan

tu la. hari2 ada je cerita.sampai naik muak. tapi tetap jugak la ku baca.
tak mau ketinggalan kekdahnya

Lihat semua komen(55)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 06:12 AM GMT+8 , Processed in 0.035454 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top