Tular lagi video mengenai beberapa kereta mewah menyebabkan kesesakan jalan raya. Dalam video dimuat naik di Facebook Utama Motors, 10 'supercar' dilihat memenuhi jalan raya bagi mempromosikan satu acara pameran kenderaan mewah yang akan dilangsung tidak lama lagi, membuat netizen kurang senang.
Kesemua ‘supercar’ yang memenuhi jalan raya itu mengakibatkan kereta di belakang tidak dapat memandu dengan lancar. Malah, salah sebuah kereta mewah tersebut turut dilihat menggunakan lorong kecemasan yang secara terang-terangan melanggar undang-undang jalan raya.
Rata-rata netizen menyifatkan kumpulan kereta mewah itu hanya menyusahkan pengguna jalan raya lain kerana mementingkan diri sehingga mengganggu kelancaran lalu lintas. - CARI
|
esbok replied at 4-7-2023 12:07 PM
tak boleh bayang, kalau ada yang tersilap langkah. kecepek semua kat belakang2
ADVERTISEMENT