Pelakon dan model, Nia Atasha berasa bertuah dipilih sebagai wajah kempen baharu jenama pakaian dalam terkenal antarabangsa, Victoria Secret yang meraikan keberanian dan menyerlahkan keberanian wanita.
Nia atau lebih dikenali sebagai Sleepyllama itu turut bergandingan dengan peserta Miss Universe 2018, Jane Teoh dan pelakon Thailand, Janie untuk memperagakan koleksi T-Shirt Bra buat julung kalinya di Asia. Memetik video temu bual EH Malaysia!, Nia menyatakan bahawa menjadi wajah untuk Victoria Secret merupakan impiannya dan berasa bertuah dipilih. “It is an honour honestly like this is a big opportunity and I always had a dream since started modeling to be the face of or maybe campaign for Victoria Secret and I’m happy,” katanya.
|
ADVERTISEMENT