CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Disiplin Benda Paling Wajib Dipegang Sama Ada Pelakon Lama Atau Baru - Puteri Balqis

4-7-2023 09:59 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 705| Komen: 10

Pelakon remaja, Puteri Balqis, 16, sangat menitikberatkan soal disiplin ketika menjayakan mana-mana naskhah drama atau filem.

Balqis yang sudah bergelar pelakon sejak kanak-kanak berkata, ia perkara paling penting wajib dipegang setiap pelakon sama ada yang lama atau baharu.


"Bakat boleh dibentuk melalui latihan, tetapi disiplin perlu disemai dalam jiwa.


IG

"Selain berdisiplin, pelakon juga perlu mempunyai rasa hormat antara satu sama lain kerana sikap itulah yang akan membawa aura positif ketika di lokasi penggambaran," kata pelakon drama bersiri Diva Seroja yang kini ditayangkan di slot Lestary, TV3 itu.

Katanya, semua pelakon memberi kerjasama yang sangat baik dan dia menghargai segala persefahaman yang wujud ketika di lokasi penggambaran.

Menurut Balqis, dia menerima tawaran berlakon dalam Diva Seroja kerana sudah bekerjasama dengan pengarahnya, Pali Yahya sejak kecil.


"Kebanyakan drama yang diarahkan Pali sangat bagus dan kurang tekanan. Ini kerana dari kru teknikal, jurusolek hinggalah 'runner' semuanya memberi komitmen penuh dalam menjayakan drama ini," katanya.

Balqis yang membawa watak Amanda dalam drama itu berkata, mesej yang ingin disampaikan dalam Diva Seroja adalah menghargai dan menghormati persahabatan dan guru-guru.

Katanya, drama ini pastinya ia mengajar penonton untuk membuka minda supaya lebih memahami menghargai zaman persekolahan.

Dalam pada itu, pelakon baru, Harissa Adlynn, 20, teruja apabila diberi peluang berlakon dalam Diva Seroja sebagai pelajar sekolah.



Harissa berkata, sebagai pelakon baru, dia akan menerima apa sahaja tawaran yang diberikan.

Menurut Harissa, keserasian dengan pelakon lain dibentuk dengan semula jadi dan tidak perlu berusaha untuk mewujudkan suasana persahabatan itu.

"Walaupun berbeza umur, tetapi kami mempunyai pemikiran dan pemahaman kami yang sama, jadi kami berlakon dalam suasana yang positif selain dapat bertukar idea mengenai cara membuat adegan lebih menarik," katanya.

Selain Balqis dan Harissa, Diva Seroja turut dibintangi Nur Amira Syahira, Amanda Tan, Kashika Selvam, Fasha Sandha, Nafiz Muaz dan ramai lagi.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 4-7-2023 10:53 AM
merasa lah aqish gi sekolahhhh walaupun berlakon yekk.. ehehehehe
Quote prettyuglybabe 4-7-2023 11:39 AM
gambar pegun nampak lawa..
tapi bila on set napa nampak jawa..
Quote marchikobonzo 4-7-2023 01:55 PM
Kuat nau edit gambar budak ni
Quote cikatilia 4-7-2023 05:37 PM
prettyuglybabe replied at 4-7-2023 11:39 AM
gambar pegun nampak lawa..
tapi bila on set napa nampak jawa..

esp tang idung tuh
Quote dudaberhias 4-7-2023 06:07 PM
prince_marhaen replied at 4-7-2023 10:53 AM
merasa lah aqish gi sekolahhhh walaupun berlakon yekk.. ehehehehe

Merasa la dapat berlakon pergi sekolah private ala2 rempit gittuhh.... Classroom nampak macam stor tempat simpan stok kucate.... Tapi best jugak drama ni sebab ada jantan herlokkk... Yang herlok ni kita harus sokong kaka... Kalau tidak terpaksa hadap si hero muka kucing kurap oyen...

Quote prince_marhaen 4-7-2023 06:10 PM
dudaberhias replied at 4-7-2023 06:07 PM
Merasa la dapat berlakon pergi sekolah private ala2 rempit gittuhh.... Classroom nampak macam stor ...

yang ni ke kaka? ahahahahahahahaahha


Quote dudaberhias 4-7-2023 06:13 PM
prince_marhaen replied at 4-7-2023 06:10 PM
yang ni ke kaka? ahahahahahahahaahha

Ahahahhaha mestilah yang ni, sape lagi kan?
Sekali imbas macam anak cyst...

Dua2 rupa kucing kurap...

Buat semak jah kat TV... Perhilitan kutip jap please....

Quote doubleA 4-7-2023 06:20 PM
Terpaling pelakon?
Quote cikgojesss 4-7-2023 06:40 PM
Terpaling disiplin?
Quote lazim 4-7-2023 06:42 PM
Bicing ar ank pndadih ni

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 05:17 AM GMT+8 , Processed in 0.060091 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top