CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

DAP Tak Pernah Dan Takkan Persoal Kedudukan Islam Sebagai Agama Persekutuan - Loke

4-7-2023 09:30 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 526| Komen: 4

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook menegaskan partinya tidak pernah dan tidak akan mempersoal kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Malah, 40 ahli Parlimen terus mempertahan semua perkara asas Perlembagaan Persekutuan termasuk menghormati kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan di samping agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai seperti termaktub dalam Perkara 3 (1).


FB

Justeru Loke menyifatkan dakwaan Tun Dr. Mahathir Mohamad kononnya DAP akan mengugut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengubah kedudukan Islam sebagai agama rasmi dengan tanpa agama rasmi adalah satu tindakan yang sangat tidak bertanggungjawab. 

“Saya berasa amat kecewa dengan dakwaan Tun kononnya DAP akan mengugut Perdana Menteri. Apakah beliau sudah lupa bahawa semasa beliau menjadi Perdana Menteri dari Mei 2018 sehingga Februari 2020, beliau didokong oleh 42 Ahli Parlimen DAP?  


“Adakah DAP pernah menarik sokongan daripada beliau atau mengugut kedudukannya?” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Dr. Mahathir yang mendakwa Perdana Menteri terpaksa mengikut manifesto DAP yang ingin menjadikan Malaysia sebagai negara pelbagai kaum dan agama rasmi Islam digantikan dengan sekular.


FB

“Ya. DAP cuma ada empat Menteri. Tetapi dalam kerajaan terdapat empat puluh 40 ahli DAP (Ahli Parlimen). Jika DAP tarik diri, kerajaan Anwar akan jatuh. 

“Sebab itu Anwar terpaksa turut manifesto DAP khusus menjadi Tanah Melayu negara berbagai kaum dan agama rasmi Islam diganti dengan negara sekular, negara yang tidak ada agama rasmi. Maka tergugurlah keahlian Malaysia dalam OIC (Pertubuhan Kerjasama Islam),” dakwa Dr. Mahathir.

Pada masa sama, Siew Fook berkata, DAP tidak akan bermusuhan dengan mana-mana kaum dan terus berkhidmat demi negara serta memainkan peranan untuk membina sebuah masyarakat yang bersatu padu berasaskan prinsip Rukun Negara.

“Sejak negara mencapai kemerdekaan, Malaysia terkenal sebagai sebuah negara berbilang kaum yang dapat hidup bersama secara aman. Adakah Tun lupa berkenaan visi beliau untuk melahirkan bangsa Malaysia melalui Wawasan 2020? 

“Mengapa hari ini beliau sanggup mengambil satu pendirian yang begitu bermusuhan dengan masyarakat berbilang kaum di Malaysia?” katanya.

Siew Fook kemudian mengingatkan kepada Dr. Mahathir agar tidak bimbang bahawa Malaysia akan sentiasa kekal sebagai anggota OIC di bawah Kerajaan Perpaduan.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote beautifulorchid 4-7-2023 11:52 AM
Aku mmg takkan percaya cakap DAP ni
Quote Tinot7 4-7-2023 12:27 PM
Masa ph menang aritu, penyokong2 deme dok kata sejak bila Islam agama rasmi mesia..

Iols susah nak husnuzon dgn org2 mcm ni
Quote arnauld 4-7-2023 12:37 PM
Sejak bila madey champion islam? Sejak bila madey champion raja2 melayu? Yg madey champion ialah hak istimewa org melayu, yg tu loke tak comment pun hahaha
Quote Skuau 4-7-2023 12:39 PM
kenapa Loke nak risau...itu kalo ORANG KUAT pirdana Mintili Mintulu ada di belakang PH???

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-1-2025 06:55 PM GMT+8 , Processed in 0.057541 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top