CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ditikam Suami Kerana Jual Gado-Gado Murah Sangat

4-7-2023 09:17 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 216| Komen: 2

Polis menahan lelaki di Palembang yang menikam paha isterinya kerana menjual gado-gado terlalu murah, lapor laman berita Suara.com semalam.

Sudarmanto, 36, nekad menikam paha kanan isterinya menggunakan pisau kerana menjual hidangan gado-gado berharga 5,000 rupiah (RM1.55) di kawasan kejiranannya.



TVOneNews

Ketua Unit Perlindungan Wanita dan Kanak-Kanak (PPA), Cici Maretri Sianipar berkata, suspek ditahan selepas aduan polis dibuat  pada 9 jun lalu.

“Kami menahan suspek selepas menerima aduan mangsa. Supek marah kerana mangsa menjual gado-gado pada harga 5,000 rupiah (RM1.55) bukan 10,000 rupiah (RM3.10) seperti diminta,” kata Cici Jumaat lalu.

Kejadian bermula selepas mangsa yang baru pulang dari menghantar barang dagangan ke rumah sebelah dimarah suspek.

Mangsa segera masuk ke dapur untuk mencuci pinggan. Suspek kemudian menendang baldi berdekatan isterinya dan memukul kepala mangsa.


Bukan itu sahaja, suspek turut mengambil sebilah pisau dan mengacukan ke perut mangsa.

Akibat berasa tidak puas hati, suspek mengejar mangsa yang lari keluar dari rumah dan segera menikam paha mangsa. 


Sumber: Kosmo! Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote B40tastePosh 4-7-2023 09:21 AM
Kau jual la gado-gado tu sendiri nyah....bukannya bergado gado dengan bini kau tu.

Quote bbi25 4-7-2023 10:09 AM
Aduhai pelik2. Nak buat duit jom join AMarkets. Banyak benefit lepastu lama dalam industri

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 05:59 AM GMT+8 , Processed in 0.227246 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top