CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Founder Misi Akui Tersilap Langkah - 'No More Content Acah Bagus'

3-7-2023 11:21 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5119| Komen: 79

Kecoh di media sosial apabila Founder Misi mengumumkan mahu membangunkan Misi Farms dengan sasaran dana RM20 juta hingga terbit rasa ragu di kalangan netizen.

Malah, ia turut mendapat respons daripada pihak Bank Negara Malaysia (BNM) dan dana yang sudah berjaya dikumpul sebanyak RM400,000 sedia dipulangkan melalui perkhidmatan e-wallet.



FB

Bagaimanapun, keadaan menjadi lebih tegang apabila aplikasi Misi diserang penggodam dan membantutkan proses wang orang ramai dikembalikan.

Berikutan itu Founder Misi tampil membuat hantaran di Facebook dan menyeneraikan beberapa kesilapan dilakukannya mengenai hal berkenaan.

Dalam masa sama, dia mengakui banyak pihak saling bermusuh disebabkan dirinya.



"Lebih baik saya kembali berniaga.. tidak layak untuk teruskan Misi. 

"Jadi, saya minta maaf semua dan saya tak perlu maafkan sesiapa sebab tiada siapa yang salah. Saya yang cetuskan semua ni dari awal," katanya.



Tambahnya, dia nekad untuk meneruskan Misi Farms, namun akan menggunakan wang sendiri bagi membantu golongan susah yang selama ini mencatu makanan. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote imransulaiman 3-7-2023 11:31 PM
Kembalikan dalam bentuk ewallet? 400k tu dah labur lebur ke?
Quote OshinDaSolja 3-7-2023 11:37 PM
elok la tu minta maaf...at least admit kelemahan diri... bagus mcm ni, jadikan sebagai pengajaran... yg menteri2 permaidani pulak lngsung takde rsa bersalah nk minta maaf dkt rakyat pabila ringgit dan bursa saham kian jatuh dan semakin pariah.... yg rakyat ni punyalah panik dan naik darah bila bukak je news semua berita negative mengenai ekonomi negara...
Quote sambaldurian 3-7-2023 11:43 PM
Eh klu org tu sumbang cash/bank transfer x dpt trace balik ke, ke mmg method menyumbang misi ni guna e wallet semata.
Quote CiliPadiSedap 3-7-2023 11:47 PM
Daripada hulur duit bantu orang miskin xde makanan baik bagi kerja atau education untuk buat duit

Bagi duit bagi makanan dh banyak ngo buat

Cuba buat bagi joran bagi skills. Benda ni gov dah buat under mara under koperasi tapi tak tahu mana silapnya? Tak nampak impak.

Kalau nak ikut mara koperasi banyak je bantuan untuk orang niaga ubah nasib hidup

Quote renko 3-7-2023 11:50 PM
Kata terpaling melayu
Kena tak guna nama melayu
Quote achmad 3-7-2023 11:58 PM
Edited by achmad at 4-7-2023 12:01 AM

ok la dah minta maaf,tapi kene pulang duit derma misi farm tu.
founder ni kalau handle duit derma medical macam sebelum ni ok la,tapi kene pastikan ada audit report.
tapi,kalau buat misi farm guna dana awam sampai 20 juta ni bukan level dia lagi.
Quote gigahertz 4-7-2023 12:38 AM
CiliPadiSedap replied at 3-7-2023 03:47 PM
Daripada hulur duit bantu orang miskin xde makanan baik bagi kerja atau education untuk buat duit

B ...

dia bukan nak bantu orang miskin bagi makanan.
dia nak buat satu hub beli dari Peladang peladang di seluruh malaysia
jual balik barang dengan harga ladang.
U tau kan kat malaysia ni harga sayur siapa pegang.
btw bapa dia adalah bekas ahli al arqam.
al arqam dah collapse. tapi ahli dia masih hidup.
di zaman kegemilangan al arqam dulu . ekonomi Umat Islam
mmg ke depan sangat.
Quote wallflower 4-7-2023 12:39 AM
Aku tak suka tgk tanjak ke hulu ke hilir
Quote ResellerMaxis 4-7-2023 12:39 AM
imransulaiman replied at 3-7-2023 11:31 PM
Kembalikan dalam bentuk ewallet? 400k tu dah labur lebur ke?

sekali press je terus refund pada semua 400k++. impress jap iol. sekali masuk wallet misi yang xleh guna di mana-mana selain di web misi.
Quote Thunderclouds 4-7-2023 06:08 AM
Hahahaha..
Tu pon pas org debunk klem kena hack
Quote Thunderclouds 4-7-2023 06:14 AM
Ramai lg penyembah xnampak game dia.
Melangit puji dh 'refund' blk duit
Xnampak dh kne bodo.
Bangsa bertauhid bangsa bertasbih kununnye
Quote batmana 4-7-2023 06:17 AM
Diserang penggodam tu normal..Kene DDoS attack ..kt mana2 web popular akan Kene cmni..kt cari pun Kene..tapi admin server la Kene pandai tapis traffic bagai..
Quote Perawankota 4-7-2023 06:42 AM
imransulaiman: Kembalikan dalam bentuk ewalle ...


Tadi baca kt fb sapa lupa, e-wallet tu blh buat payout. So, ada yg dah dpt refund kt bank dorg.
Quote kerunai 4-7-2023 07:11 AM


caro ko nok nipu ore ... xdop crito lain
Quote otai_g 4-7-2023 07:27 AM
Aku x rs dia nak menipu org. 1st dia x de janggut rebonding, 2nd dia x ada dato. 3rd dia mmg ada fizikal premis perniagaan dia sendiri la. Bkn opis atas angin.
Quote Themilo 4-7-2023 07:29 AM
wallflower replied at 3-7-2023 04:39 PM
Aku tak suka tgk tanjak ke hulu ke hilir

sama sis. terpaling melayu kah?
Quote CoffeeOverdose 4-7-2023 07:45 AM
Nak buat crowdfunding dia kena berdaftar sbg yayasan. Dia nak buat tk salah tp kena proper. Benda boleh atur tk pyh terpaling healing gituh!
Quote ayukpingu 4-7-2023 08:41 AM
mcm2 misi dia ni. misi farm, misi food delivery, kumpul dana lagi.
dia nak buat serentak
cuba settle satu per satu especially bahagian legal. buat proper dokumen apa sume.

mana la tak org panggil scammer. vision tu tak agak2, serabut aku tengok
Quote bulalof 4-7-2023 08:46 AM
TPM pun boleh simpan duit under Yayasan sendiri, kenapa Mat Tanjak ni tak terfikir?

Lihat semua komen(79)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 02:27 AM GMT+8 , Processed in 0.094193 second(s), 50 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top