Rome: Pope Francis rasa marah dan benci dengan tindakan membakar kitab suci umat Islam, al-Quran, di Stockholm minggu lalu Pada masa yang sama, beliau mengutuk dan menolak perbuatan itu sebagai satu bentuk kebebasan bersuara.
"Mana-mana buku yang dianggap suci harus dihormati demi menghormati mereka yang mempercayainya," agensi berita Itali ANSA memetik kenyataannya dalam wawancara dengan akhbar Emiriah Arab Bersatu Al Ittihad yang diterbitkan Isnin. "Kebebasan bersuara tidak boleh digunakan sebagai cara untuk menghina orang lain dan tindakan membenarkan perbuatan seumpama itu ditolak dan dikutuk," katanya. Pada 28 Jun lalu, seorang warga Sweden yang berasal dari Iraq dilaporkan mengoyakkan senaskah al-Quran sebelum membakarnya di hadapan masjid Stockholm semasa demonstrasi yang dibenarkan oleh pihak berkuasa Sweden. Insiden itu berlaku ketika umat Islam di seluruh dunia menyambut perayaan Aidiladha.
Sumber: Bernama
|
Buritan replied at 3-7-2023 10:48 PM
Bkn ajaran hugama tuu yg suh bakar Quran pope oii tp org kristiee yg gile jahh yg bako Quran... Org ...
ayukpingu replied at 4-7-2023 10:12 AM
heloo semburit. len kali baca info dulu sebelum nak serang agama lain. Dia bukan Islam or Kristian ...
Buritan replied at 4-7-2023 06:00 AM
Tak kose aku Hina agama krstiennn.. ce ko bukak mata ko beso beso pas tuu baca ape yg aku tulihhh ...
ADVERTISEMENT