CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wajah Naik Ruam Setiap Kali Bertemu, Wanita ‘Allergic’ Teman Lelaki

3-7-2023 09:56 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 384| Komen: 2

Seorang wanita di negeri Massachusetts menghidap sindrom aneh yang menyaksikan dia alah terhadap teman lelakinya, lapor portal berita Wolipop.

Wanita di Massachusetts terseksa apabila wajahnya dipenuhi ruam merah setiap kali dia bertemu teman lelaki akibat menghidap sindrom aneh.


Virginia Nault, 22, berkata, dia dan kekasihnya, Steve Johnson berkenalan menerusi aplikasi ‘dating’ dan menjalin hubungan cinta pada Disember 2022.


Wajah Nault dipenuhi ruam merah setiap kali dia bertemu Johnson. - Virginia Nault

Selepas mula bertemu, Virginia mengalami ruam pada seluruh wajah serta tubuhnya. Mata wanita itu juga gatal dan bengkak.

“Ada sesuatu pada dirinya yang membuatkan saya mengalami alergi ini,” kata Virginia seperti dipetik akhbar New York Post.

Virginia pada mulanya menganggap ruam yang dialami merupakan alahan bermusim kerana dia mempunyai sejarah ekzema dan masalah kulit.


Namun,  wanita itu kemudian mendapati  bahawa semakin banyak waktu dihabiskan bersama Johnson, semakin banyak pula  ruam yang muncul pada badannya.

“Apabila saya berada di apartmen Johnson selama beberapa hari, saya akan mengalami ruam yang sangat teruk pada minggu berikutnya. Saya mempunyai alahan terhadap dia,” ujar Virginia.

Tambahnya, meskipun Johnson menukar sabun cuci pakaian, produk kelengkapan mandi dan pewangi, dia masih mengalami keadaan itu.

Ia menguatkan pendapatnya bahawa dia tidak alah pada bahan-bahan tersebut, sebaliknya alah terhadap Johnson.

Sehingga kini, Virginia masih belum mengetahui punca keadaan itu meskipun telah menemui doktor pakar pada Mei lalu. 

Namun, dia dan Johnson masih menanti keputusan dua ujian perubatan bagi mengenal pasti punca alahan tersebut. 


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chiyoasuka 1-8-2023 06:09 AM
ni mcm pun ada ka hahahaha
Quote sukacactus 1-8-2023 06:18 AM
So nnt cemana tu
Terpaksa berpisah sebab allergic ke org tu ke

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-1-2025 07:26 AM GMT+8 , Processed in 0.028065 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top