CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

'Dia Ubatnya' - Dramatis Curang Dengan Adik Raffi Ahmad, Cacah Tatu Wajah Penyondol Di Belakang Badan

3-7-2023 09:35 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1389| Komen: 7

Kisah kecurangan dramatis Rendy Kjaernett yang dibongkar sendiri oleh isterinya, Lady Nayoan di laman media sosial, sudah beberapa minggu menjadi perbualan masyarakat Indonesia.

Rendy yang dikurniakan dua cahaya mata bersama Lady bermain cinta dengan adik bongsu kepada selebriti terkenal Indonesia, Raffi Ahmad iaitu Syahnaz Sadiqah yang juga isteri orang dan memiliki anak.



TVOnes

Selepas berdiam diri, Rendy akhirnya tampil mengaku curang dan meminta maaf di atas kelakuan buruknya. Dia bagaimanapun berharap masih dapat menyelamatkan rumah tangga yang dibina.

Sewaktu menjadi tetamu saluran YouTube Curhat Bang Denny Sumargo, Rendy dengan terbuka menjawab beberapa spekulasi mengenai kecurangannya.

Antara yang dijawab dengan jujur oleh Rendy adalah mengenai dakwaan mempunyai tatu dengan wajah Syahnaz pada belakang badannya.

“Ya (wajah Syahnaz),” jawab Rendy seperti dilaporkan Kompas.


Kata Rendy dia mencacah tatu Syahnaz di belakang badannya kerana menyifatkan wanita itu sebagai ubat.

“Saya sakit dan dia ubatnya,” kata Rendy.


Sumber: Gempak

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote azimodin 3-7-2023 10:36 PM
Suami: Berharap masih dapat menyelamatkan rumahtangganya

Also suami: tatoo gambar skandal dekat badan
Quote BoongaKertas 4-7-2023 07:48 AM
hahahaha! bodo giler statement jantan ni eh
Quote jlo 4-7-2023 09:41 AM
bodo eh jantan ni ...
Quote KikiHadid 18-7-2023 06:12 PM
Nk selamatkn rumah tgga ap bnd dh mlm2 bkk baju nahhh terpampang muka cikki lain kt bdn..bangang nk mampus
Quote laicibiru 19-7-2023 07:23 PM
susur galur raffi ahmad ni memang sejenis tak boleh loyal gamaknya.

Daripada RA, adiknya sampai ke sepupu pon ada je kes curang ni.
Quote tootii 28-7-2023 01:47 PM
hahaa.. RA ni pun ada je kes curang2 kan .. la ni je nmpk setia sikit ngan bini .
Quote edayildiz 28-7-2023 11:09 PM
sultan andora...

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 09:33 PM GMT+8 , Processed in 0.168183 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top