CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

JSJN Bongkar 6 Makmal Dadah, Tumpas 185 Sindiket Dalam Enam Bulan

3-7-2023 09:35 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 284| Komen: 3

Kuala Lumpur: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) menumpaskan 185 sindiket termasuk membongkarkan enam makmal dadah dalam tempoh enam bulan tahun ini.

Pengarah JSJN Datuk Seri Mohd Kamaruddin Md Din berkata, sindiket yang ditumpaskan itu membabitkan 572 tangkapan dengan enam ahli kimia turut ditahan dalam operasi bermula Januari hingga Jun lalu.


Menurutnya, sepanjang tempoh itu juga, pihak menangkap seramai 92,257 individu di bawah pelbagai seksyen kesalahan mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952, Akta Racun 1952 dan Akta Penagih Dadah (R&P) 1983.


"Daripada jumlah itu, 298 individu ditahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Dadah Berbahaya Langkah-Langkah Pencegahan Khas (LLPK) 1985.

"JSJN turut merampas 10,016 kilogram pelbagai jenis dadah dan 1,604 liter pelbagai jenis cecair dadah," katanya.

Katanya, JSJN juga merampas sebanyak 41,431 kilogram daun ketum, 27,213 liter air ketum serta 20 batang pokok ganja dengan nilai keseluruhan rampasan adalah RM286 juta.


"Selain itu, seramai 4,024 penagih dadah tegar yang mempunyai rekod kesalahan dadah berulang mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dituduh mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya 1952.

"Daripada jumlah itu, seramai 2,318 individu disabitkan kesalahan mengikut seksyen yang sama," katanya.

Menurut JSJN, pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana penjawat awam yang terbabit dengan aktiviti pengedaran dan penyalahgunaan dadah apabila seramai 287 orang penjawat awam ditangkap atas pelbagai kesalahan dadah.

"Empat orang daripadanya ditahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) Langkah-Langkah Pencegahan Khas (LLPK) 1985.

"Sepanjang tempoh itu juga, sebanyak 38,064 kertas siasatan dibuka dan daripada jumlah itu sebanyak 35,058 kertas siasatan berjaya dituduh dengan peratus pertuduhan adalah 92.10 peratus.

"Bagi melumpuhkan sindiket pengedaran dadah di Malaysia, pelbagai aset sindiket dadah yang bernilai RM55.9 juta disita manakala sebanyak RM5.3 juta nilai harta yang telah dilucuthak," katanya.


Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 3-7-2023 10:29 PM
Macamana rupa makmal dadah tu? Adakah seperti tempat manufacture lipstick limecrime di mana tikus berlari keriangan?


Quote najib888 4-7-2023 12:27 AM
ahli kimia.. agraban
[youtube]DZdKam9z_Jk[/youtube]
Quote chiyoasuka 1-8-2023 05:33 AM
msh byk lg d luar sana

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 10:10 PM GMT+8 , Processed in 0.095696 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top