CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tak Perlu Besarkan Kes Wanita Berskirt Pendek Dihalang Anggota Rela - Saifuddin

3-7-2023 09:27 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 527| Komen: 2

Kes anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) yang didakwa menghalang seorang wanita daripada memasuki pejabat kerana memakai skirt pada paras lutut adalah kes terpencil dan tidak perlu diperbesarkan.


Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menjelaskan Rela akan menggunakan mekanisme dalaman untuk penambahbaikan terhadap perkara itu.


FB

"Saya tak memilih untuk memperbesarkan hal itu, (perlu) berlaku adil kepada ribuan lagi anggota Rela yang bertugas mengawal premis kerajaan, tak ada masalah. Kita ada mekanisme dalaman yang akan ditentukan kepimpinan Rela (untuk menyelesaikan isu itu)," katanya

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Sambutan Hari Ulang Tahun Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) ke-51 Peringkat Kebangsaan 2023 di Pusat Latihan Rela Wilayah Utara di Bukit Selambau, di sini pada Isnin.

30 Jun lalu, media melaporkan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) menggantung tugas seorang anggota Rela selepas didakwa cuba menghalang pelawat memasuki pejabatnya di Pulau Pinang kerana berpakaian skirt pendek.


Bahagian Komunikasi dan Hal Ehwal Korporat Perkeso berkata ia berikutan tindakan anggota itu tidak selari dengan prinsip prihatin jabatan berkenaan.

Sementara itu, Saifuddin berkata Rela yang mencapai usia lebih 50 tahun sejak penubuhannya sudah melalui beberapa proses evolusi yang sangat membanggakan.

Katanya, daripada objektif asal penubuhannya untuk membuka peluang kepada rakyat untuk terlibat dalam menjaga aspek ketenteraman awam dan keselamatan, penugasan jabatan itu kini semakin kompleks.

"Rela harus cepat dalam melakukan adaptasi terhadap perubahan masa dan juga cabaran yang akan mereka hadapi, bermaksud gaya berfikir Rela tidak boleh lagi gaya lama. Ia harus respond kepada harapan dan juga kepada cabaran semasa yang bersangkutan dengan aspek ketenteraman awam dan keselamatan negara," katanya.


Sumber: AWANI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote gigahertz 4-7-2023 12:44 AM
ANggotak Rela tu bukan ikut peraturan yang di kenakan ke ?
apsal Rela tu yang di gantung ?
patutnya si perempuan tu yang kena educate.
Quote chiyoasuka 1-8-2023 06:08 AM
"ntah siapa yg salah ku tak tau"

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 09:54 AM GMT+8 , Processed in 0.168207 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top