CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Bujang Ajak ‘Dating’ Dengan ‘Makcik’, Semua Keperluan Dibiayai

3-7-2023 09:05 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 3657| Komen: 67

Jakarta: Seorang lelaki tular di media sosial Indonesia selepas berkongsi pengalaman bercinta dengan seorang wanita yang berusia 18 tahun lebih tua, lapor laman berita Suara.com semalam.

Fahmi, 20, tular selepas berkongsi kebahagiaannya bercinta dengan seorang wanita berumur 38 tahun dalam akaun TikTok @fahmi_hrp0.  


Fahmi memberi pesanan kepada orang ramai di akaun TikToknya. - TikTok

Baginya, bercinta dengan wanita lebih tua adalah lebih selesa kerana segala keperluannya dibiayai. Apabila kehabisan wang, dia hanya perlu meminta wang  dipindahkan ke dalam akaun banknya.

“Anda bercinta dengan orang sebaya, mana bagus? Dengan makcik-makcik baru terbaik. Sudah tentu dibiayai jika ingin ke mana-mana,” katanya.

Dia kerap memuat naik pelbagai klip video ketika mereka keluar bersama-sama daripada menonton wayang sehinggalah makan di restoran. 


Fahmi secara terbuka mengaku bahawa segala perkara dibiayai wanita itu termasuk makanan mereka. – Agensi


Sumber: Kosmo! Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tumpanglalu74 3-7-2023 09:06 PM
Muke gini je mokcik dapat??  Terer lagi haku..
Quote kakikuDibibirmu 3-7-2023 09:08 PM
Gigolo tersenyum sinis
Quote Antifake 3-7-2023 09:27 PM
2-3 tahun aje lepas tu carik cewek lain
Quote CiliPadiSedap 3-7-2023 10:27 PM
Muka tikus bendang pun makcik selera[em:4:]
Quote brego 3-7-2023 10:48 PM
sugar mummy bela anak ikan

mudah jer keje nya,
kasi servis mami dengan tip top
Quote OshinDaSolja 3-7-2023 11:04 PM
lawa lg mokcik tu pun...klau bole dpat yg sebaya lg bagus ataupun lelaki yg matang dan stabil dlam 40an cmtu... budak2 muda ni mindset tak matang lg dan childish...suka main moto la kereta la habis duit kt situ je....
Quote liyamariska 3-7-2023 11:19 PM
ai tgk yg hat pompuan tu lawa orgnya tak padan dgn anak ikan rupa rempit...

Quote miu84 3-7-2023 11:25 PM
Ewww zizik jah dapat anak hekan cemgini. Tak berbaloiiiii
Quote Carcosa 4-7-2023 01:01 AM
Abess, makcik tu spedo kau, kau ingat free2 jah dpt tu semua, bongok?? Lainla muka ko helok terletak mcm Liam Hemsworth tu. Ni muka mcm lintah bakau, ada hati nak kena spedo free2.
Haruslah kau kena please acik tu di sinun dan si sanan
Ko ingat apa? Makcik tu bangang mcm ko??
Quote sukacactus 4-7-2023 05:59 AM
Demi content kan
Padahal makcik tu can do better
Quote hudalarva 4-7-2023 07:30 AM
makcik pun alahai mcm desperado sangat... i cannot la tgk muka laki tu... teringat ikan tembakul carilah yg helok sikit makcik...
Quote BoongaKertas 4-7-2023 07:52 AM
Allahu seram eh bebudak lelaki generasi skrg.
Quote rykall 4-7-2023 07:55 AM
Makcik tu lebih lawa dan cantik bagi aku tapi selera muka mcm ni. Sedih. Patutnya boleh dpt lelaki lebih rupawan dan menyelerakan.
Quote rospinki 4-7-2023 07:56 AM
Sungguhla indon ni gatai pukky (nama pemain bola ireland pukky) ehh takat muka gitu dh la miskin buqt sakit kepala je.
Quote bottombikini 4-7-2023 08:02 AM
rupanya dibiayai, bukan membiayai..yihhhh
padan la kau sangguppp
Quote midori888 4-7-2023 08:07 AM
makcik pun...kot iyer sanggup kuar modal utk dpt bf, carik lah yg ada rupa skit...nie mcm tak berbaloi jer...bazir modal jer...
Quote tumpanglalu74 4-7-2023 08:13 AM
Dia viral balek kak @pooh~key !


[tiktok]7250423046673108226[/tiktok]
https://www.tiktok.com/@siapalahdiri_ini/video/7250423046673108226

Dah 1/2 jota views..  Fees naik la kalo camni.

Quote pooh~key 4-7-2023 08:48 AM
tumpanglalu74 replied at 4-7-2023 08:13 AM
Dia viral balek kak @pooh~key !



Bergesel lengan nampak sis? Akak syak kat bawah tu depa dah berair sissy.
Quote sangbara2020 4-7-2023 09:13 AM
hujung2 kena jual organ sok budak ni

Lihat semua komen(67)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-3-2025 03:36 AM GMT+8 , Processed in 0.104691 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top