CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Bawa Motor Lawan Arus, Tunjuk Jari Tengah Dah Kena Cekup

3-7-2023 08:53 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 753| Komen: 4

Kuala Langat: Tindakan seorang lelaki yang tular tidak bertopi keledar dan melawan arus di persimpangan lampu isyarat sekitar Sungai Manggis di sini, memakan diri apabila ditahan pihak berkuasa, semalam.


Dalam kejadian kira-kira pukul 4.08 petang itu, lelaki berusia 55 tahun itu dikatakan turut bersikap biadab menunjukkan jari tengah kepada pengguna jalan raya.

Tangkap layar penunggang motosikal itu.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd. Nor berkata, perkara itu dikesan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) yang menerima satu video tular daripada media sosial.

“Video itu memaparkan motosikal dinaiki dua individu yang melakukan kesalahan menunggang melawan arus dan tidak memakai topi keledar. Penunggang motosikal itu turut menunjukkan jari tengah kepada pengguna jalan raya lain,” katanya ketika dihubungi petang tadi.


Menurut beliau, bertindak atas maklumat, polis kemudian pergi ke rumah individu tersebut di sekitar daerah ini.

“Lelaki itu dikenakan tindakan disaman atas pelbagai kesalahan lalu lintas. Kedua-dua individu itu turut diberi nasihat oleh anggota polis atas tingkah laku yang dilakukan mereka,” ujarnya.


Sumber: Kosmo! Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakikuDibibirmu 3-7-2023 08:54 PM
Ustaz Jari Tengah tersenyum sinis

[youtube]Cd41uQqhx3w[/youtube]
Quote tumpanglalu74 3-7-2023 09:03 PM
Pokcik nak flip pon tak senang..
Quote Carcosa 4-7-2023 12:27 AM
Hahhahaha dahla tua, bodoh piang pulak tu.
Ko ingat, ni zaman nenekkk kau hidup?? Takde camera sana sini? Sikittt je ko tersilap, siapla ko.
Tak camera kat kereta, camera phone. Tak camera phone, CCTV. Kau pilih je ygmana satu pilihan hati
Quote zorrro_03 4-7-2023 11:06 AM
nak mampos ke berani tahan babee jenis ni????

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-3-2025 02:53 AM GMT+8 , Processed in 0.191063 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top