CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Menteri MOTAC Datuk Seri Tiong King Sing Atau Pegawai Imigresen Yang Salah Guna Kuasa?

3-7-2023 08:39 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2068| Komen: 32

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Datuk Seri Tiong King Sing sedar tentang dirinya ditularkan berkenaan insiden yang berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur  (KLIA), membabitkan pelancong wanita dari Republik Rakyat China.


Foto: Google

Berikut adalah kenyataan penuh Menteri MOTAC:

"Saya menerima pautan berita bertajuk “EKSKLUSIF: Menteri buat ‘kecoh’ di KLIA tuntut pelawat China ditahan imigresen dibebaskan.”

"Apa yang lebih mengejutkan, artikel tersebut turut mengatakan saya telah memasuki ke dalam ruang ketibaan tanpa memohon pas sedangkan saya memiliki pas yang sah untuk memasuki kawasan tersebut.

"Jadi mengapa perlu memperbesarkan isu ini dengan memberi persepsi yang salah? Benar, daripada gambar tular itu, memang ianya saya dan saya juga berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada ketika itu selepas menerima aduan daripada pelancong untuk memahami keadaan ketibaan pelancong asing ke Malaysia, ini pemantauan biasa bagi seorang menteri untuk turun padang.


"Saya bersyukur kerana kehadiran saya telah membongkar satu peristiwa yang memalukan negara apabila wujudnya budaya rasuah yang dilakukan oleh segelintir pegawai dan penyalahgunaan kuasa yang kronik di pintu masuk negara.

"Pada mulanya saya tidak mahu mendedahkan perkara ini kerana sedang bertindak mengikut saluran serta platform yang lebih praktikal. Namun disebabkan isu ini tular dan ramai pengamal media menghubungi saya, maka ini penjelasannya,"jelasnya seperti dipetik di Suara Merdeka.

"Saya menafikan sekeras-kerasnya dakwaan yang menuduh saya melepaskan pelancong asing yang ditahan oleh pihak imigresen. Saya tiada kuasa untuk itu dan saya hanya merosakkan reputasi saya sendiri jika berbuat demikian.

"Saya masih waras dan tahu batas-batas sebagai seorang Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC). Apa guna saya sebagai Menteri sekiranya saya tidak memberi tumpuan serius terhadap kepentingan negara, tambahan pula ia menjejaskan imej negara dan menakut-nakutkan pelancong asing?

"Jika kita tidak serius dalam isu ini sekarang, sampai bila-bila pun ia tidak akan diselesaikan.

"Mungkinkah ada segelintir pegawai takut jika perkara ini terbongkar sehingga memberi kesan kepada kepentingan peribadi mereka?

"Apa yang berlaku sebenarnya ialah, beliau ditahan tanpa diberikan alasan atau sebab beliau ditahan.

"Masalah timbul apabila kedua-dua, pihak pegawai imigresen dan pelancong asing tersebut mempunyai masalah komunikasi.

"Dimaklumkan bahawa pelancong tersebut telah lengkap segala dokumentasi namun kegagalan komunikasi kedua pihak mengagalkan pihak Imigresen mendapatkan dokumen yang diperlukan dari pihaknya.

"Inilah sebabnya saya membangkitkan tentang isu komunikasi ini sejak bulan Mac lagi menerusi inisiatif menyediakan penterjemah bagi pelancong-pelancong asing yang dari kawasan Timur Tengah, China dan India di pintu masuk negara yang bertujuan memudahkan urusan dan proses semasa ketibaan pelancongan asing agar kecekapan pengurusan negara kita dapat dijamin dan dipuji.

"Timbul persoalan, kenapa mereka menolak penterjemah yang telah disediakan oleh pihak Malaysia Airport Holding Berhad (MAHB)?

"Dalam lawatan ke KLIA itu, saya turut membawa pegawai siasatan dari unit integriti di bawah MOTAC. Saya merasakan sudah tiba masanya pasukan SPRM masuk ke KLIA1 secara besar-besaran untuk menyiasat apa yang berlaku di pintu masuk utama negara ini.

"Terdapat juga isu mengenai pelancong asing yang tiba di sini dirampas telefon bimbit mereka, tanpa dijelaskan kenapa mereka ditahan.

"Adakah ia mengikut prosedur dan piawaian dalam undang-undang? Saya juga mendapat maklumat bahawa adanya pegawai yang mengubah akta yang termaktub dalam perundangan mereka sesuka hati ketika di lapangan.

"Malah, wanita yang ditahan tersebut juga tidak diberikan makanan yang sewajarnya ketika ditahan dan ini jelas melanggar undang-undang.

"Saya difahamkan wanita tersebut diberi makan hanya sekali sahaja dalam tempoh 15 jam sepanjang ditahan.

"Gambar tular ini juga jelas daripada pihak dalaman agensi sendiri. Kenapa tularkan gambar dengan persepsi tidak tepat dan berita yang berunsur fitnah?

"Saya ingin menekankan sekali lagi bahawa MCMC mesti menyiasat secara teliti bagi mengetahui pegawai dalaman yang menularkan serta fitnah berhubung gambar-gambar serta maklumat yang ditular.

"Walaupun niat mereka tidak diketahui, maka berkemungkinan mereka terkejut dengan penyertaan SPRM dan bimbang bahawa “sumber pendapatan” mereka akan terputus atau terancam.

"Mungkin juga mereka ingin melindungi rakan-rakan dengan sengaja membocorkan maklumat, membuat tuduhan tanpa asas dan menyebarkan laporan palsu.

"Malah saya turut diberitahu bahawa ada pegawai imigresen yang meminta wang diberikan sekiranya pelancong asing yang ditahan mahu dilepaskan.

"Ada yang minta sehingga RM3,000 untuk dikeluarkan dari tahanan termasuk tiket penerbangan pulang ke negara asal. Tambahan RM3,000 pula diminta jika mahu pulang ke negara asal dengan kadar segera menerusi ‘laluan khas’, manakala RM12,000 untuk kos memproses visa.

"Semua maklumat ini akan diserahkan kepada SPRM supaya siasatan dapat dijalankan seterusnya dapat memulihkan imej Malaysia terutamanya di pintu masuk negara.

"Dalam masa sama, saya akan membangkitkan perkara ini ke Kabinet termasuk cadangan memansuhkan ejen yang mengendalikan pelancong asing yang ditolak kemasukan (NTL – Not To Land) kerana dilihat semakin kronik dengan isu ketidaktelusan serta penyalahgunaan kuasa yang memburukkan imej negara di mata dunia.

"Malah kita sepatutnya membatalkan pihak ketiga dalam menguruskan tiket penerbangan bagi tahanan imigrasi di Malaysia dipulangkan ke Tanah Air, dan saya ingin mencadangkan supaya perkara ini boleh ditangani oleh syarikat penerbangan, bagi mengelakkan kejadian negatif serupa ini berulang berlaku.

"Selain itu, saya menyeru dan memohon orang ramai agar menyemak terlebih dahulu kesahihan sesuatu berita sebelum disebarkan.

"Saya yakin kita dapat membersihkan segala ketirisan yang mencemarkan imej negara sekiranya kita semua berganding bahu.

"Saya dan MOTAC akan terus bersama-sama YAB Perdana Menteri dalam usaha membanteras rasuah serta penyelewengan kuasa di negara ini, walau apa jua cabaran mendatang." -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Solokkk 3-7-2023 09:07 PM
Yg jelas skang, yg tak patuhi prosedur tuh si menteri gumuk, main terjah macam tak sekolah. Seolah2 kepala hotak tak boleh berfikir, tersepit kat lubang jubur peliwat tersohor negara ikon madanon
Quote Antifake 3-7-2023 09:29 PM
Depa mana bole salah… semua maksum. Paling tinggi martabat maksum is madanon
Quote airmineral 3-7-2023 09:39 PM
kena buktikan masing² pny tuduhan la
menteri ni ada tunjuk bukti ke yg pasal org imi tu rasuah?
Quote Purplehaz 3-7-2023 11:53 PM
Belum apa apa dh ckp sy telah membongkarkan...

Eh tunggulah siasatan selesai barulah boleh sembang.
Betul betul nk femes ni.
Yihh tgok mulut pun dh tau jenis mcmane
Quote Zazama 4-7-2023 12:28 AM
Macam-macam alasan.
Quote Themilo 4-7-2023 07:35 AM
red flag.
Quote mawarika 4-7-2023 07:44 AM
Salah guna kuasa!
Quote bottombikini 4-7-2023 07:47 AM
skrg yg rakyat benci sbb kau pegi rescue si nyonya tu kan

soalnya pada ketika itu adakah JIM minta suapan pada si nyonya?
tetibe nak up kisah rasuah
eiii pekat betol
Quote jazaa100 4-7-2023 07:52 AM
Solokkk replied at 3-7-2023 09:07 PM
Yg jelas skang, yg tak patuhi prosedur tuh si menteri gumuk, main terjah macam tak sekolah. Seolah2  ...

Dorang akn spin sampai org lain nmpak salah...
Reka cerita memang dorang lah juara.  .

Aku mrmang dah lama muak dgn kaum ni
Quote rospinki 4-7-2023 08:00 AM
Sapa yg dtg situ org imi dah tentu buat kerja dia yg dia pulak malam2 metri pelancongan bodoh tup2 nak jadi hero..ala uto dia.haa mencarot aku pgi2 ni. Ops
Quote adizero11 4-7-2023 08:06 AM
ayat "saya telah membongkarkan...." tu mcm ayat karangan budak sekolah jer apek oii..jadah tetiba ko ada kat sana..bukannya ko Menteri yg berkaitan dgn JIM..dh buat salah acah terpaling suci dan hero..undekk
Quote asudau 4-7-2023 08:15 AM
last2 menteri tak salah katanya..yang salah pegawai imigresen gred 19 gitu..

Quote prizadane 4-7-2023 08:17 AM
Kita putar! Lepas tu aku baca komen kat fb from sepet cam dia, semua backup dia.. pastu kutuk pegawai imigresen yang mostly malays kaki amik rasuah etc. pant** betul!
Quote otai_g 4-7-2023 08:19 AM
So masalah komunikasi la jd isu. Kalo ko pergi luar negara tp x phm English, mn2 negara ko pg pun akan sangkut jgk. Org tny ko x bleh jawab.
Quote rosedemon 4-7-2023 08:51 AM
booooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooo sama lu
Quote tungkai 4-7-2023 09:02 AM
Baru aku tau, scope kuasa MOTAC kat Malaysia mengatasi power dari KDN..Tahinah...
Quote krustykrab 4-7-2023 09:13 AM
Masa kt klia ko kata ko bwk espiarem..tp kini ko pulak takut nk jejak kaki ke pejabat espiarem
Quote B40tastePosh 4-7-2023 09:16 AM
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Corruption

Quote ctaz 4-7-2023 09:25 AM
TAK KAAAANNNNN LAAAA MENTERI SALAH GUNA KUASA....
INI MALAYSIA LAAAAA

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-3-2025 03:36 AM GMT+8 , Processed in 0.065804 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top