CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jaga Nama Baik Tabung Haji, Bawa Balik Cenderamata Kecuali Air Zamzam

3-7-2023 07:23 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1531| Komen: 10

MEKAH – Jemaah haji dinasihatkan menjaga nama baik Tabung Haji (TH) dan tidak membawa balik barangan dilarang dan berbahaya terutama air zamzam ke Malaysia ketika proses penerbangan pulang.

Pegawai Operasi Maktab, Mohd. Sawal Abong berkata, Arab Saudi mempunyai mesin pengimbas terbaik di dunia yang dapat mengesan sekiranya terdapat cubaan menyembunyikan air zamzam di dalam bagasi.

Katanya, pelbagai taktik dikesan sebelum ini digunakan jemaah seperti membalutnya dengan kertas aluminium, baju dan lain-lain dan ia tidak pernah berjaya.

“Antara sebab dilarang ialah berkaitan dengan keselamatan. Kita akan membekalkan setiap jemaah dengan lima liter air zamzam apabila tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), jadi jangan risau.

“Larangan ini telah diaktifkan sejak sekian lama dan syarikat penerbangan akan didenda sekiranya pihak Arab Saudi menemui air itu di dalam bagasi. Oleh itu, jemaah perlu ikut peraturan dan menjaga nama baik TH,” katanya.


Foto: Kosmo



Menurut Mohd. Sawal, jika ada air zamzam, pihak berkuasa akan memotong kunci bagasi untuk mengeluarkannya.

Terdahulu, Mohd. Sawal memantau proses penghantaran bagasi 284 jemaah KT01 di Abraj Al-Janadriyah di sini yang akan pulang dengan menaiki penerbangan pertama ke KLIA pada pukul 7.15 pagi Khamis ini.

Katanya, setiap jemaah hanya dibenarkan membawa bagasi tidak melebihi 30 kilogram termasuk kerusi roda, tongkat dan kerusi duduk.

Menurut Sawal, bagasi itu boleh dituntut di KLIA atau di lapangan terbang negeri masing-masing seperti Pulau Pinang, Kedah, Johor, Terengganu, Sabah dan Sarawak. Jemaah akan menaiki pesawat Malaysia Aviation Group (MAG) dan Saudi.

“Penghantaran pulang akan dilakukan secara berterusan sehingga 16 Julai ini melibatkan 49 penerbangan dari Jeddah. Jemaah di Madinah akan pulang dari sana,” katanya. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kitty_catz 3-7-2023 07:31 PM
nak bawak berat2 dlm beg dah kenapa? nak buat mandi ke acaner???

machiam2
Quote green~tea 3-7-2023 08:36 PM
Beli je lah evian tu nnti balik malaysia buat hilang rasa kempunan nak togok zamzam

Sama je payau2 fresh nya...
Quote kakikuDibibirmu 3-7-2023 09:00 PM
Air laut desalination jah tu, sebab tu rasa air dia pelik sikit, banyak kilang sebegini di merata Su'udul 'Arrobiyya, tak mungkin satu telaga cukup untuk kegunaan jutaan penduduk, jemaah haji dan 'umroh

[youtube]GWlTbqy3bJQ[/youtube]

[youtube]j-lAekcXRpw[/youtube]
Quote ladybugz 4-7-2023 03:42 AM
menda ni byk org buat2 tak paham. family i pun sama ada ja masih nk bawak balik. isu safety sbnrnya dan dalam islam kenala ikut peraturan pihak berkuasa tempatan. lg dah bagi satu botol sorg utk dibawa balik. ade ustaz yg bag kursus haji cakap haram seludup air zam2 mcm tu. x baik. dah elok2 buat umrah n haji last2 buat perkara x baik pulak. sepanjang kita brada kat sana minum la byk2 setiap masa. ambil peluang yg ada. bagi i air zam2 yg diminum ditanah suci adalah air paling best pernah i rasa.
Quote rosedemon 4-7-2023 08:50 AM
xpyh bwak blik la zamzam bukan sedap pon
Quote krustykrab 4-7-2023 09:18 AM
ladybugz replied at 4-7-2023 03:42 AM
menda ni byk org buat2 tak paham. family i pun sama ada ja masih nk bawak balik. isu safety sbnrnya  ...

Nt mesti baghal yg cakap

Air zamzam tu tuhan bg byk utk manusia minum..knp nk sekat pulak

Quote sayurmayur88 4-7-2023 12:53 PM
mentaliti sebahagian besar dari kita . kt opis iolls ada sorang tu bawa sebotol air zz utk disedekah kan kp opismet, bukan main berebut org2 kt opis nk amek air tu..
Quote otai_g 4-7-2023 01:02 PM
Air zam2 tu bgs. Elok bg kat kaki scammer. At least bersih sakit hati tu Dan terdetik utk bertaubat
Quote intan244 4-7-2023 01:06 PM
ritu balik umrah meols bawak balik air zam2x yg botol kecik2x tu as souvenir. lepas je. in flight pon ok.
Quote Drmu 5-7-2023 09:08 AM
Edited by Drmu at 5-7-2023 09:54 AM

Mmg byk gak hadis2 kelebihan air zamzam ni. Mngkin dorang minum niat nak ikut sunnah, nak ambik berkat..dorang nak bwak balik, sbb nak sedeqah kat org2 lagi.. skali dgn kismis,kurma bgi skit sorang. Lgipun alkali tgi kan. Eloklah tu detox sekali skala. Klau xminat rasa payau, cmpur je skit dgn air mineral..xde payau sgt..

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-3-2025 03:34 AM GMT+8 , Processed in 0.120120 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top