CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Bella Astillah Takut Bercakap Tentang Penceraian "Tawakal Dan Semoga Allah Lindungi Rumah Tangga Saya"

3-7-2023 07:19 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 949| Komen: 8

Bella Astillah mengakui kontroversi-kontroversi yang melanda keluarganya dalah di luar jangkaannya.

Kata Bella, episod hitam tersebut telah mematangkannya dan Aliff Aziz.

Foto: IG


“Tak suka sebenarnya ada kontroversi kerana kadang-kadang ia di luar kawalan dan jangkaan saya.

“Apa yang terjadi mematangkan saya dan ada juga rasa takut. Saya dah tak mahu lalui episod patah hati, ia memenatkan dan sangat menyedihkan.

“Hidup ini cuma sekali, mahu gembira saja,” katanya kepada Melodi.


Ternyata episod panas yang menghantuinya lalu memberi impak yang besar kepada keluarganya, Bella berharap kontroversi tersebut tidak berulang kembali.

“Saya ada ramai keluarga yang perlu dijaga hati, mungkin mereka juga kurang senang dengan kontroversi yang kami lalui, dan saya sendiri tiada niat untuk mengadakan kontroversi tersebut.



“Secara jujurnya, saya tak mahu ada kontroversi yang tidak baik. Tapi kita cuma manusia biasa.

“Harapnya tak ada lagi cerita-cerita yang kurang enak didengar sebab ia beri impak yang besar."

Disoal mengenai hubungan bersama Aliff, Bella akui mereka kini baik-baik saja dan memilih privasi sebagai keutamaan dalam rumah tangga.



“Alhamdulillah, saya rasa sangat bersyukur, kami memilih untuk tidak terlalu berkongsi di media sosial, sebab sebelum ini kami juga pernah pergi buat rawatan.

“Saya nampak perubahan yang besar pada dirinya, kami hanya tawakal dan berserah. Apa yang terjadi telah mematangkan dia.


“Ini tahun ketujuh kami kahwin, saya sebenarnya takut untuk bercakap mengenai isu bercerai sebab saya sendiri tak tahu apa yang akan jadi masa akan datang. Tawakal dan semoga Allah lindungi rumah tangga saya,” tutupnya. -CARI

Sumber: XTRA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prizadane 3-7-2023 07:28 PM
Lah tak habis lagi mengenangkan kisah lalu? Atau sengaja mengenang kisah lalu supaya kekal relevan?
Quote Hoola 3-7-2023 07:45 PM
sudah2lah che kak oiiiiiii
dr awal thn dh byk kisah curanggg
now dh ptghn thn
bg la kami rehat jap dgn kisah lain plakkkkk


Quote Carcosa 4-7-2023 01:06 AM
Susahnya idup jadi dia ni kan?
Sepanjang marriage, asyik nak kena mikior, ni nanti kena cerai ke, ni nanti kena tipu lagi ke, ni nanti laki buat dalcha lagi ke dgn betina lain, ni nnti laki aku buat video putik jagung lagi ke.
Asyik mikiorrrr je. Bila nak aman, taktau lah. Org kawin nak relax2, aman2, sama2 jaga hati, gembira.
Ni asyik2 nak ghiso. Sampai bila wei. Ko je ke kena please dia. Jaga itu ini. Habis dia? Haiyooooo. So weak. Mcm perempuan2 yg hidup di zaman 30an 40an.
Quote bulalof 4-7-2023 08:53 AM
terpaksa dok ulang2 cerita tersakiti supaya nampak terpaling hebat sambil menghidupkan sisa2 waktu utk kekal relevan tanpa produk2 yg bombastic.

sedeyyhhh...
Quote rosedemon 4-7-2023 09:11 AM
lahhhhhhhhhhh nmpak sgt ko pmpuan yg sntisa menagih dan insecure
Quote dudaberhias 4-7-2023 09:42 AM
tiap2 tahun duk ulang2 cerita tu je lah demi nak menaikkan nama kembali... tu pun kejap je lepastu tenggelam balik... maka kena la suruh laki curang dengan mana2 retis theyols berganding jap untuk naikan nama lagi...

Quote prince_marhaen 4-7-2023 11:30 AM
Bella Bimbo Original : "...Saya ada ramai keluarga yang perlu dijaga hati, mungkin mereka juga kurang senang dengan kontroversi yang kami lalui, dan saya sendiri tiada niat untuk mengadakan kontroversi tersebut." ...Bella akui mereka kini baik-baik saja dan memilih privasi sebagai keutamaan dalam rumah tangga.

Also Bella Bimbo : Merentan 24 jam, terpaling shayang suami, suami dia paling berubah & berhijrah, suami berhijrah, isteri terkangkang-kangkang menari tiktok, 24/7 cerita pasal kisah lalu & suruh netizen berdoa, post semua benda kat sosial media.

Hahaha... sian Alip Cendawan Enoki dapat bini bodoh ayam macam ni..
Quote marchikobonzo 4-7-2023 01:08 PM
Kau memang suka orang mengata laki kau 24 jam ke? tak habis2 ulang benda ni

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 08:06 PM GMT+8 , Processed in 0.079879 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top