CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hilang Dua Minggu Selepas Keluar Cari Siput, Mayat Lelaki Ditemui Dalam Perut Buaya

3-7-2023 07:11 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 430| Komen: 1

JAKARTA – Seorang lelaki di Kutai Timur, Indonesia yang dilaporkan hilang minggu lalu disahkan meninggal dunia selepas mayatnya ditemui di dalam perut seekor buaya.

Suara.com melaporkan,  Sublik, 50, dilaporkan hilang ketika keluar mencari siput di Sungai Lebur. Keluarga mangsa melaporkan kehilangannya kepada pasukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) Kutai Timur.


Pelbagai usaha dilakukan untuk mencari keberadaan Sublik, namun gagal.

Foto: Suara.com

Bagaimanapun, ketika pasukan penyelamat mencari di sekitar sungai, mereka terlihat seekor buaya di dalam air. Mereka kemudian menangkap buaya itu dan membawanya ke darat.

Perut buaya itu kemudian dibelah. Sangkaan keluarga Sablik terbukti apabila pasukan SAR menemui mayat lelaki itu dalam keadaan sudah terkoyak.

Mayat mangsa kemudian dikeluarkan daripada perut buaya dan dibawa oleh pasukan perubatan untuk bedah siasat.


Selepas menemui mangsa, pasukan SAR menamatkan operasi mencari dan kembali ke unit masing-masing. –CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 4-7-2023 08:50 AM
siannnnn ek

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-3-2025 03:34 AM GMT+8 , Processed in 0.036371 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top