CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Ternampak Guard Ni Ada RM5 Je, Makan Apa Je RM5? Nasi Dan Kuah Je?"

3-7-2023 06:50 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2290| Komen: 60

Seorang pemuda bertemu dengan seorang pengawal keselamatan, di sebuah restoran.

"Ternampak guard ni ada RM5 je, makan apa je RM5? Nasi dan kuah je?" soalnya.

Foto: mStar


Menerusi video berdurasi 58 saat, pemuda yang lebih dikenali sebagai Bang Jad itu merasakan pengawal keselamatan dipercayai warga Nepal itu harus dibantu.

"Betul-betul RM5 je ada. Jadi, Bang Jad terus gerak hati nak tolong guard ni.

"Saya belanja, kamu ambil je nasi putih, ayam kamu ambil. Tak apa, saya belanja. Kamu simpan je duit," katanya.



Kelihatan pengawal keselamatan itu melipat wang kertas RM5 menggunakan kedua-dua tangannya seperti bimbang tercicir, mungkin kerana itulah satu-satunya wang belanja yang diperuntukkan pada hari berkenaan.


Kemurahan hati Bang Jad memberi peluang kepada pengawal keselamatan itu untuk menikmati hidangan makan malam yang lebih enak berlaukkan ayam.

"Sejuk hati dapat nasi ayam lauk campur. Gembiranya muka dia.

"Harap pertolongan Bang Jad dapat kenyangkan perut guard untuk malam ini," katanya dengan video tersebut menunjukkan pengawal keselamatan berkenaan melambaikan tangan sebelum beredar keluar dari restoran.

Setakat ini, video yang dimuat naik di akaun TikTok @bang.jad meraih lebih setengah juta tontonan.

Rata-rata netizen terharu dengan bantuan pemuda itu kerana menyedari pengawal keselamatan itu mencari rezeki di Malaysia demi meneruskan kelangsungan hidup dan menyara keluarga di kampung halamannya.

"Hidup ni memang keras. Kadang nampak macam ni terus je tak lalu nak makan sedap.

"Macam ayah sayalah sekuriti. Setiap kali pergi tempat kerja ayah, saya belanja dia makan. Walaupun dalam poketnya RM10 je.

"Sedekah tak perlu tunggu kaya, mantap.

"Serius aku tak sanggup. Kalau aku jumpa orang macam ni, aku mudah keluar air mata. Tahu kehidupannya kat sini cari rezeki," komen netizen. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Samerosie 3-7-2023 06:58 PM
Mmmmm alahai, dia gaji 3000, 2 ribu dia hantar balik nepal, seribu dia guna hidup sini.  Dia balik nepal rumah banglo, tanah ke apa lagi semua dah siap dia buka kedai runcit je aman2.  Kau lak sibuk kesian2 rumah pun sampai tua menyewa
Quote exclusive_vvip 3-7-2023 06:58 PM
yo lah bang Jad..gigih rakam video + muka nepal tu bgtau bang Jad bersedekah..kang nepal tu balik nepal buat banglo, bang Jad kekal  M40 je..bukan pe bang Jad, warga asing ni kita nampak je mcm xde duit..pdhal berkepuk sebenarnya diorg simpan..my uncle ada company security, mmg dia hire geng2 nepal..my uncle provide asrama+makan+transport sekali..
Quote exclusive_vvip 3-7-2023 06:59 PM
Samerosie replied at 3-7-2023 06:58 PM
Mmmmm alahai, dia gaji 3000, 2 ribu dia hantar balik nepal, seribu dia guna hidup sini.  Dia balik n ...

Hahaha..sama pemikiran kita
Quote Samerosie 3-7-2023 07:04 PM
exclusive_vvip replied at 3-7-2023 06:59 PM
Hahaha..sama pemikiran kita

Hahaha i pun baru baca your post i pun eh eh sama..hahaha
Quote krustykrab 3-7-2023 07:05 PM
Samerosie replied at 3-7-2023 06:58 PM
Mmmmm alahai, dia gaji 3000, 2 ribu dia hantar balik nepal, seribu dia guna hidup sini.  Dia balik n ...

Si perakam& pemviral ni entah² gaji minimum je
Quote Samerosie 3-7-2023 07:07 PM
Edited by Samerosie at 3-7-2023 07:09 PM
krustykrab replied at 3-7-2023 07:05 PM
Si perakam& pemviral ni entah² gaji minimum je


Konsep dia sedekah kan.  Kalau dia tipu itu antara dia dgn tuhan katanya.
Quote doubleA 3-7-2023 07:08 PM
Mostly foreigner kt malaysia ni camtu la. Gaji banyak simpan, makan memang bajet2, cukup duit balik negara dia beli tanah, buka kilang ke kedai ke hidup senang. Duduk sini memang tujuan nak kumpul duit kepuk2, apa la sangat setakat catu makan, asalkan hidup senang kemudian
Quote ninja boy 3-7-2023 07:13 PM
Nepal guard gemuk2, hostel free transport free air api free. Malaysian keta tol petrol parking rumah api air kena bayar sebulan rm 1200-3000
Quote grouper 3-7-2023 07:18 PM
Tlg je la x leh ke...x yah rakam bagai
Quote isseliparjepun 3-7-2023 07:25 PM
I pernah kerja uruskan gaji orang asing ni. Jangan main main, cecah 3-4k sebulan sebab rajin OT walaupun time public holiday. Yet they live so simple. Memang gitu la deme. Jangan pandang rendah mereka pegang RM5 tu.
Quote acik79 3-7-2023 07:54 PM
Samerosie: Mmmmm alahai, dia gaji 3000, 2 ...


Betul tu… dulu bangla tukang potong rumput rumah mak aku…. Balik bangla sana, siap beli tanah berekar2 pastu buka kedai runcit… mak aku selalu bg duit saguhati la…. Tp bila dia cite dia balik kejap2 utk kawin la, isteri beranak la, uruskan kedai la… baru la kita tau, kita kat sini pun tak semewah diaorg kat sana. Kita cukup2 makan je…
Quote acik79 3-7-2023 07:56 PM
isseliparjepun replied at 3-7-2023 07:25 PM
I pernah kerja uruskan gaji orang asing ni. Jangan main main, cecah 3-4k sebulan sebab rajin OT wala ...

Betul tu mmg dia dah budget nak guna RM5 je… sbb dia tau dia dtg sini nak bg keselesaan utk damily dan keluarga dia kat sana… aku pun pernah duk luar negara aku pun pernah budget2 duk sana. Tp balik sini aku beli rumah selesa sikit
Quote liyamariska 3-7-2023 07:59 PM
Edited by liyamariska at 3-7-2023 08:01 PM

demi viral content utk raih perhatian like bagai....

padahal guard nepal tu jenis berjimat utk keluarga disana...


Quote lazim 3-7-2023 08:04 PM
Foreigner ni aku tau sgt. Kedekut nak mmpos ya. Katalah gaji 2300. 2k dia hantar balik kg 300 je kan tgn dia. Pastu hari2 merenget lapar. Dah tb2 aku plk kena blnja dia kudap2. Satu kj plk dok kena beli roti la utk dia . Kdg bengang jgk. Mak aku plk hr2 bagi bekal kat dia. Dia bg mak aku rm50 konon2 blnja mak aku. Masalahnya. Kalau bhgi 26 sehari brp je dia byar. Asalnya ikhlas tetibe dh jadi tugas hakiki. Ni pon dia bising aku xhntar mknn time ry haji. Aku mls nk hantar
Quote faraway1 3-7-2023 08:12 PM
Penting makan....

Quote krustykrab 3-7-2023 08:12 PM
acik79 replied at 3-7-2023 07:54 PM
Betul tu… dulu bangla tukang potong rumput rumah mak aku…. Balik bangla sana, siap beli tanah be ...

ibarat Org miskin sedekah kat org kaya
Quote asamfish 3-7-2023 08:39 PM
tenaga buruh asing mmg depa makan nasi dgn kuah je....kat negara mana2 pun....tp kat kampung halaman depa, rumah, kebun dan anak2 depa semua belajar selesa hasil kiriman duit dari negara tempat depa bekerja.
Quote Samerosie 3-7-2023 08:57 PM
asamfish replied at 3-7-2023 08:39 PM
tenaga buruh asing mmg depa makan nasi dgn kuah je....kat negara mana2 pun....tp kat kampung halaman ...

Kalau org kita makan macam ni..sambil teresak2 sambil maki gomen.
Quote TomyamPuteh 3-7-2023 09:06 PM
Makan nasik, kuah kari, bawang besar mentah pun dh cukup. Bawang besar tu depa kokak cam makan epal je.

Lihat semua komen(60)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-3-2025 03:36 AM GMT+8 , Processed in 0.041907 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top