CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tempahan Kereta Terbang Kini Dibuka, RM1.4 Juta Seunit

3-7-2023 06:40 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 976| Komen: 13

SAN MATEO, CALIFORNIA  – Sebuah syarikat pengeluar kereta terbang  di  California kini membuka tempahan awal kepada orang ramai untuk memiliki kenderaan berkuasa elektrik tersebut.

New York Post melaporkan, kereta terbang  dibina syarikat Alef Aeronautics itu dilaporkan telah menerima Pensijilan Kelayakan Udara Khas daripada Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA). Ini bermaksud, Alef Aeronautics   dibenarkan melakukan ujian darat dan udara membabitkan kenderaannya.

Kereta elektrik sepenuhnya (dengan pilihan hidrogen untuk harga lebih tinggi) itu merupakan kenderaan berkelajuan rendah. Ia memiliki jarak pemanduan  321 kilometer di jalan raya dan muat diletakan di dalam garaj biasa.

Foto: New York Post

Pada masa yang sama, kereta itu boleh dilancarkan secara menegak ke udara dengan jarak penerbangan 177 kilometer, demikian menurut laman web Alef Aeronautics.


Kereta dinamakan Model A itu boleh terbang mengatasi halangan sehingga tiba di destinasi yang dituju.

“Pemandu dan kabin distabilkan oleh reka bentuk kabin berputar gimbal yang unik.

“ Kereta ini mampu mengelakkan  kesesakan lalu lintas, terbang ke  mana-mana arah dan dalam masa yang  sama, menyediakan  pemandangan  180 darjah untuk penerbangan yang selamat dan menyeronokkan,” kata Alef Aeronautics.

Mereka yang berminat boleh menempah kereta dua tempat duduk itu pada harga sekitar  AS$300,000 (RM1.4 juta) seunit. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tumpanglalu74 3-7-2023 06:49 PM
Ramai la yang mati bertabor nanti..
Quote cranell 3-7-2023 06:54 PM
masuk malaysia nanti ada lak yg nak buat tol atas udara.
Quote Kitty_catz 3-7-2023 06:59 PM
apa dah jadi kete terbang meleisiyaaaa?

adakah akan menjadi keta starter pack ponder2 timbang kilo sama scammer porekkk?
Quote hudalarva 3-7-2023 07:24 PM
boringnya idea... cuba invent benda lain selain kereta... nak muntah dengar sbb penat hari2 mengadap jem...
Quote rosedemon 4-7-2023 08:49 AM
ok jom la tempah
Quote intan244 4-7-2023 01:00 PM
barula 2020 ada kereta terbang. harga dia pon not bad.
Quote ninja boy 4-7-2023 02:46 PM
Edited by ninja boy at 4-7-2023 02:47 PM

Mohon anak sultan itu dan alif syukri tangkap seketul
Kereta terbang petunjuk dunia hampir kiamat taw
Quote B40tastePosh 4-7-2023 08:06 PM
ninja boy replied at 4-7-2023 02:46 PM
Mohon anak sultan itu dan alif syukri tangkap seketul
Kereta terbang petunjuk dunia hampir kiamat t ...

Suruh dia beli...boleh buat pertunjukan untuk marhean.
Quote razzia 4-7-2023 08:10 PM
tu kalau terhempas,dgn kereta darat sekali terkena juga
Quote noor2 4-7-2023 08:10 PM
Had berat badan berapa gamaknya....boleh la tempah untuk elak jem
Quote plywood 4-7-2023 08:40 PM
Edited by plywood at 4-7-2023 08:50 PM

A flying car prototype just got an airworthiness certificate from the FA
By Chris Isidore, CNN               
Updated        8:17 AM EDT, Tue July 4, 2023   
New York CNN  

      The Federal Aviation Administration has certified for testing a vehicle that a California startup describes as a flying car — the first fully electric vehicle that can both fly and travel on roads to receive US government approval.

      Alef Automotive said that its vehicle/aircraft, dubbed the “Model A,” is the first flying vehicle that is drivable on public roads and able to park like a normal car. It also has vertical takeoff and landing capabilities. It apparently will be able to carry one or two occupants and will have a road-range of 200 miles and a flying range of 110 miles.  

Quote plywood 4-7-2023 08:43 PM
[youtube]azq4hWyhqkU[/youtube]
Quote plywood 4-7-2023 08:44 PM
The company behind the $300,000 flying EV the FAA approved for test flights says it has already received $250 million of preorders

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-3-2025 03:36 AM GMT+8 , Processed in 0.031949 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top