CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Yusof Haslam 'Bising' Kos Filem Syerif Meningkat

3-7-2023 06:24 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1468| Komen: 8

Datuk Yusof Haslam, 69, mengakui dia 'bising' dengan anaknya, Syafiq Yusof apabila kos filem terbaru arahan pengarah berkaliber itu, Syerif meningkat.

Yusof berkata, filem terbaru terbitan syarikatnya, Skop Productions Snd Bhd itu sepatutnya menjalani penggambaran selama 65 hari, tetapi bertambah ke 81 hari.



"Sebagai tauke, memanglah saya bising pasal duit. Duit keluar macam air untuk kos bina set seperti balai polis, bilik gangster dan banyak lagi di sebuah lokasi di Sungai Besi.

"Di situ sewa sehari saja sudah RM5,000. Penggambaran di situ saja hampir sebulan. Jadi, bayangkan jumlah wang yang perlu dibayar. Itu tak termasuk kos untuk prop dan lain-lain. Habis penggambaran barang-barang itu dibuang begitu saja," katanya.

Bagaimanapun, Yusof akur dengan kehendak Syafiq dan bangga atas kejayaan yang ditunjukkan Syafiq sekarang.

Beliau juga akur dengan jumlah wang yang perlu dilaburkan kerana mahu menjadikannya realiti.


"Syafiq kata dia perlu melakukan yang terbaik untuk filemnya. Dia juga kata kita perlu bersaing selain memikul beban yang berat," katanya yang mengakui Syafiq mengikut jejak abangnya, Syamsul.


Dalam pada itu, walaupun Syamsul tidak lagi menghasilkan filem bersama Skop Productions, sebagai bapa beliau mendoakan kejayaan Syamsul kerana dia membawa nama bapa dan keluarganya.

"Saya harap supaya dia kuatkan semangat. Jangan lupa asal-usul dan jangan anggap kita yang terbaik. Ini kerana kejayaan hari ini tak menjanjikan kejayaan esok.

"Maksud saya supaya dia sedar. Ada orang kata esok aku akan buat duit lagi, aku akan kaya lagi. Jangan terlalu bermewah dan berbelanja tak tentu hala. Itu bermakna kita tak mensyukuri nikmat," katanya.

Sementara itu, bercerita mengenai filem Syerif, Yusof berkata, mereka berdepan kesukaran untuk mendapatkan judul sesuai buat filem yang baru selesai penggambaran itu, baru-baru ini.

Menurutnya, selepas mendengar dan mempertimbangkan pandangan semua pihak, beliau akhirnya membuat keputusan menggunakan judul Syerif.

"Ia bukan mengenai Syerif dalam cerita koboi, tapi watak seorang lelaki bernama Syerifuddin Husin lakonan Zul Ariffin sebagai Pegawai Polis. Orang panggil dia Syerif.

"Saya nak cari tajuk pun pening kepala. Seorang kawan kata kenapa tak letak nama Syerif. Saya terfikir boleh juga. Bagi orang terfikir sikit," katanya.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 3-7-2023 07:53 PM
Dah kaya sgt buatlah kat satu kawasan studio/mock up utk hospital ke, balai ke, opis ke, stesen minyak ke, apa2 lah kat satu kawasan.. nanti next time, production  lain lak leh sewa utk shooting..
Quote Nana_Man 3-7-2023 07:53 PM
Kenapa dato tak paksa zul cukur jambang dia tu…tak handsome lahh
Quote Nana_Man 3-7-2023 07:56 PM
Perawankota replied at 3-7-2023 07:53 PM
Dah kaya sgt buatlah kat satu kawasan studio/mock up utk hospital ke, balai ke, opis ke, stesen miny ...

Good idea kan…. Tak payah lagi guna hospital ke tmpt2 yg betul hingga ganggu tempat tu.
Quote anilanil 3-7-2023 08:05 PM
Patut letak Syerifuddeen Hussein Khan, bukan Syerifuddin Hussin. Busy nau ek bapak polisi, nak shaved pon takdan.
Quote Belibis 3-7-2023 08:49 PM
Kuat betul kenan ' pulis' atok aslam nihhh..semenjak bukit kepong,roda2 kuala lumpur,gerak khas..semua hubung kait dengan pulis.
Quote alien88 3-7-2023 10:20 PM
mohon abang jul kuatkan suara bila berdialog ya
kalau dkt tv, boleh la naik volume
Quote GegarVaganja 3-7-2023 11:08 PM
Ganja nak business buat studio shooting la gitu.
Sewa 1 warehouse, renovate buat 10 space terus. Buat interior office, hospital, balai polis, balai bomba, airport, interior kapal terbang, train. Pastu sewakan kat produksi porno movie.



Quote anony-mous 4-7-2023 01:14 AM
Perawankota replied at 3-7-2023 07:53 PM
Dah kaya sgt buatlah kat satu kawasan studio/mock up utk hospital ke, balai ke, opis ke, stesen miny ...

Kan. Dari buat rumah besar2 buat la skop studio mcm warner bros etc. Xperlu la terlampau besar mcm WB tu tp ada. Boleh buka utk lawatan sekali

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 08:02 PM GMT+8 , Processed in 0.047628 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top