CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Imam Masjid Al-Aqsa Dilarang Rejim Israel Keluar Negara Selama Sebulan

3-7-2023 06:02 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 146| Komen: 0

Israel melarang imam Masjid Al-Aqsa Syeikh Dr Ekrima Sabri melakukan perjalanan ke luar negara selama sebulan atas dakwaan aktiviti yang dilakukannya telah mendatangkan bahaya terhadap keselamatan Israel.


Menurut kenyataan Pejabat Guaman Syeikh Dr Ekrima Sabri yang diterima Bernama melalui Whatsapp, larangan itu dikeluarkan pihak Kementerian Dalam Negeri Israel pada Ahad dan diserahkan pasukan perisik Israel yang menyerbu rumah beliau di Baitulmaqdis Timur.

Tempoh larangan itu kemungkinan boleh dilanjutkan.


Mostafa Alkharouf/Anadolu Agency

"Pihak Israel mahu menghalang kebenaran daripada pengetahuan dunia tentang apa yang sebenarnya berlaku di Baitulmaqdis. Syeikh Ekrima Sabri tidak melakukan sebarang kesalahan yang boleh menyebabkan dia dilarang melakukan perjalanan, sebaliknya hanya menjalankan peranannya mewakili Masjid Al-Aqsa dan isu Baitulmaqdis," katanya.


Larangan itu dibuat selepas kempen hasutan sistematik dan berbahaya yang dikenakan terhadap beliau sejak beberapa bulan kebelakangan ini, yang didalangi pihak kerajaan Israel.

Kenyataan itu juga menyeru negara-negara Arab dan Islam untuk mengambil tindakan menghentikan pendakwaan tidak adil dan pencabulan terhadap Syeikh Dr. Ekrima Sabri memandangkan status agama dan usia lanjutnya.

Sebelum ini, Syeikh Dr. Ekrima melakukan lawatan ke Malaysia untuk menyertai Persidangan Antarabangsa Palestin yang diadakan secara maya di Putrajaya, pada 17-18 Jun.

Dalam temu bual eksklusif sempena lawatan itu, beliau menyeru umat Islam dari seluruh dunia untuk bersatu dan berpegang teguh dalam menyelesaikan isu Palestin yang sehingga kini masih belum menemui jalan penyelesaian.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-3-2025 03:34 AM GMT+8 , Processed in 0.081610 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top