Seorang wanita mendedahkan jirannya membawa keluarga berkelah di jeram berdekatan tempat dia membalak sebelum tragedi kepala air. Dalam kejadian dipercayai berlaku petang kelmarin, 10 mangsa termasuk Karim, 39, bersama isteri serta lapan anaknya dilaporkan hilang dalam tragedi kepala air yang berlaku di situ dengan mayat empat daripada mereka sudah ditemui.
"Karim membawa seluruh ahli keluarganya berkelah ke Jeram Mawar, Air Putih di Kemaman, Terengganu mungkin kerana dia mengetahui lokasi jeram itu sebab terbabit dalam kerja pembalakan berhampiran lokasi kejadian," kata jiran mangsa di FELDA Lepar Hilir 3, Kuantan, Pahang, Farah Aniqah Zulmad. Mayat isterinya, Azizah Eiyi, 40, dan anaknya, Muhammad Zulqarnain Haikal Karim, 11, ditemukan orang ramai pada jam 12.30 tengah hari semalam, manakala mayat dua lagi mangsa ditemui sebentar tadi.
Enam lagi anak Karim yang berkelah bersamanya ialah Putri Balqis Izzati Abdul Rahman, 18; Putri Alleya Maisarah Karim, 16; Putri Nor Fatin Karim, 14; Putri Nurerina Natasya Karim, 10; Muhammad Haziq Ziqree Karim, 6, dan Putri Aryana Umaira Karim, 4, serta Muhammad Fikri Saliman, 24, dari Batu Pahat, Johor, yang juga tunang Putri Balqis. Farah Aniqah berkata, beliau mengetahui keluarga jirannya itu mahu pergi berkelah ketika mendengar suasana bising di halaman rumah mereka pada kira-kira jam 12 tengahari kelmarin. "Saya melihat Azizah bersama suami dan anak-anaknya yang lengkap berpakaian jersi untuk mandi kelihatan gembira pergi berkelah, malah mereka tersenyum ke arah saya ketika menyusun kelengkapan yang dimasukkan dalam kereta termasuk bakul berisi makanan dan dapur serta minyak masak," katanya ketika dihubungi, hari ini. Farah Aniqah berkata, Karim bersama lapan ahli keluarganya menaiki kereta, manakala Muhammad Fikri yang dipercayai baru tiba dari Batu Pahat, menunggang motosikal bersama seorang lagi anak lelaki Karim. Beliau berkata, jiran yang dikenali sejak 16 tahun lalu itu biasanya akan pulang ke rumah selepas keluar ke mana-mana, tetapi tidak berbuat demikian selepas keluar berkelah kelmarin. "Kami terkejut apabila adik ipar Azizah menghubungi suami saya pada kira-kira jam 4 petang semalam memaklumkan polis meminta keluarga mereka ke Kemaman untuk pengecaman mayat mangsa. "Setakat ini, semua jenazah dikatakan akan dikebumikan di FELDA Lepar Hilir 3 ini," katanya. Sumber: BH Online
|
makita replied at 3-7-2023 08:04 PM
Eh jap ya. Meols lama nak tnya. Zaman ujung 90an meols igt lagi cikgu BM ajar ni ambil contoh ..'may ...
Suchi replied at 3-7-2023 07:11 PM
Lepar hilir ngn kemaman ni tak jauh ke? Iols tau lepar hilir dkt ngn kuantan tp org selalu sebut lep ...
Nurul8001 replied at 3-7-2023 08:11 PM
BM byk gak berubah sekarang. Dulu Ramadhan skrg Ramadan, dulu redha skrg reda. Saya pun pelik dgn ...
makita replied at 3-7-2023 08:21 PM
Betul..BM ni berevolusi. Mmg kene peka.
Suchi: Lepar hilir ngn kemaman ni tak ...
Suchi replied at 3-7-2023 07:11 PM
Lepar hilir ngn kemaman ni tak jauh ke? Iols tau lepar hilir dkt ngn kuantan tp org selalu sebut lep ...
Suchi replied at 3-7-2023 07:11 PM
Lepar hilir ngn kemaman ni tak jauh ke? Iols tau lepar hilir dkt ngn kuantan tp org selalu sebut lep ...
sangbara2020 replied at 4-7-2023 09:10 AM
sedih lg aku rini bc kisah ni
sama2 hidup semati betul famili ni
ADVERTISEMENT