CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jiran Tuduh Nenek 80 Tahun Curi Kelapa, Minta Pampasan Sampai RM1,862

3-7-2023 05:52 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 604| Komen: 8

JAKARTA – Seorang lelaki di wilayah Kalimantan Barat, Indonesia membuat laporan polis kerana menuduh jirannya mencuri 20 biji kelapa miliknya.

Suara.com menyatakan kes dilaporkan oleh Asmad, 47, terhadap jirannya, Julia menjadi tular kerana melibatkan ibu wanita itu, Jaenab yang berusia 80 tahun.


Ketika disoal siasat, Julia mengaku bahawa 20 biji kepala itu diambil atas arahan ibunya. 


Foto: Suara.com

Julia hairan mengapa dia dilaporkan kepada polis kerana orang yang memanjat pokok kepala itu adalah Hairul iaitu lelaki yang menyewa di rumah Asmad.

Menurut Jaenab, dia mengarahkan Hairul mengambil 20 biji kelapa, namun lelaki itu dikatakan tersalah tempat kerana memanjat pokok kelapa berdekatan rumah jirannya. 

Jaenab tidak berniat untuk mencuri kelapa orang lain lebih-lebih lagi pokok kelapa itu dipanjat pada waktu siang.


Walaupun sudah meminta maaf, Asmad bertegas melaporkannya kepada polis dan meminta pampasan 6 juta rupiah (RM1,862). 

“Dari mana kami dapat duit sebanyak itu, nak makan pun susah,” katanya.

Disebabkan tiada persetujuan dalam perundingan itu, sesi seterusnya akan diadakan sekali lagi. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kitty_catz 3-7-2023 06:35 PM
Edited by Kitty_catz at 3-7-2023 06:36 PM

tt ang mabuk ketum ka apaaa?

kelapa ke kepala????

pala banar betoii.. chooiiiiiiiiiii!

JAKARTA – Seorang lelaki di wilayah Kalimantan Barat, Indonesia membuat laporan polis kerana menuduh jirannya mencuri 20 biji kepala miliknya.
Ketika disoal siasat, Julia mengaku bahawa 20 biji kepala itu diambil atas arahan ibunya.


Quote rosedemon 4-7-2023 08:48 AM
lahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh
Quote _blackbird 4-7-2023 12:05 PM
curi kelapa je ponggg bukan curi gambo jiran mcm @Bipolajourney utk scam2 cinta di telepon
Quote Supersirap 4-7-2023 12:31 PM
Ambil kesempatan kah?
Quote Bipolajourney 4-7-2023 01:02 PM
_blackbird replied at 4-7-2023 12:05 PM
curi kelapa je ponggg bukan curi gambo jiran mcm @Bipolajourney utk scam2 cinta di telepon :lol ...

Mangsa ke tu ?
Quote aciksenah 4-7-2023 01:07 PM
Ingat lagi satu kes yang melibatkan kelapa kat belakang rumah kena curi. Masa tu arwah ayah ada lagi. Masa turun nak ambik kelapa, terserempak dengan budak muda yang tengah dok curi kelapa. Arwah ayah tak marah. Cuma pesan tinggal sikit untuk tuan rumah.
Last2 dia tinggal la 15 bijik. Jadi la.
Masa balik kampung hari tu mak bagitau, orang yang selalu dok curi kelapa datang rumah. Nak mintak maaf sebab dulu curi kelapa. Siap curi durian lagi tu..ha..ha..Ada la 2 batang pokok durian kat belakang rumah tu. Tapi kira rezeki dia la. Nak buat mcmana. Janji dia dah insaf.
Quote _blackbird 4-7-2023 01:48 PM

3 jiran menjadi mangsa
Quote BumpIQ 4-7-2023 07:27 PM

MANGSA LA TU. MANGSA KENA TUDUH HACKER DAN EX KAU YANG KAU GILAKAN TU.SEDANGKAN KAMI PUN TAK SELERA DENGAN RUPA ORANG MACAM KAU WAKAKAKAKA

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2025 11:45 AM GMT+8 , Processed in 0.040239 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top