CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tak Serik, Lelaki Tumbuk Dan Hantuk Kepala Bini Ke Lantai Dipenjara Setahun

3-7-2023 05:46 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 380| Komen: 1

Seorang lelaki yang sebelum ini pernah menjalani hukuman penjara kerana memukul isterinya sekali lagi dijatuhkan hukuman yang sama juga atas kesalahan yang sama oleh Mahkamah Majistret Tampin di sini hari ini.


Tertuduh, S. Ragubalan, 46, mengekalkan pengakuan bersalahnya sebelum ini selepas pertuduhan berkenaan dibacakan di hadapan Majistret, Kartini Kasran.


S. RAGUBALAN dibawa ke Mahkamah Majistret Tampin hari ini bagi didakwa atas pertuduhan memukul isterinya-UTUSAN/NOR AINNA HAMZAH.

Oleh itu, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara setahun dari tarikh dia ditangkap dan denda sebanyak RM1,000.

Majistret turut menetapkan tiga bulan penjara sekiranya tertuduh gagal menjelaskan bayaran denda berkenaan.

Mengikut pertuduhan, Ragubalan didakwa dengan sengaja menumbuk muka dan menghantuk kepala isterinya yang berusia 41 tahun ke lantai.

Ia menyebabkan mangsa cedera di bahagian muka dan dahi, bengkak di belakang kepala serta mengalami sakit tengkuk.

Kesalahan dilakukan tertuduh pada 24 April lalu kira-kira pukul 9.15 pagi di Taman Molek, Gemas. 

Oleh itu, tertuduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 326A kanun sama.

Timbalan Pendakwa Raya, Yap Tsu Sheng dalam hujahannya menyatakan tertuduh telah melakukan kesalahan yang sama terhadap mangsa yang sama iaitu isteri tertuduh pada tahun lepas.

Tertuduh menurutnya telah dijatuh hukum oleh mahkamah pada bulan November 2022 dan dikenakan hukuman denda RM1,500 serta sehari penjara untuk kes tersebut.

“Memandangkan tertuduh melakukan kesalahan yang sama lagi terhadap mangsa yang sama, ia menunjukkan hukuman sehari penjara adalah tidak cukup untuk memberi pengajaran setimpal terhadap tertuduh,” katanya.


Sumber: UTUSAN


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chiyoasuka 1-8-2023 06:14 AM
mcm2 kes skg ni!

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 01:11 AM GMT+8 , Processed in 0.032808 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top