Ramai kecewa selepas Iman Troye memuat naik gambar bersama seorang jejaka berasal dari Indonesia yang mempunyai tatu di tangan. Namun Iman tampil memberi pencerahan mengenai segala spekulasi berhubung isu terbabit.
Katanya kepada Melodi, dia memuat naik gambar tersebut sebagai ‘hint’ untuk mengeluarkan single terbaharu duet bersama penyanyi Indonesia iaitu Petrus Mahendra dan bukan gimik semata-mata. “Gambar yang diperkatakan itu ialah gambar saya bersama Mahen, artis Indonesia. Salah satu sebab kami muat naik gambar sama-sama untuk menunjukkan yang kami bakal keluarkan single lagu berjudul Gagal Bersembunyi. “Itu adalah lagu ballad sebenarnya dan ini adalah bahagian lain Iman Troye sebab bila orang kenal saya sebagai artis yang bawa lagu cathcy, lagu-lagu happy tapi kali ini kita fokus kepada lagu ballad Indo. Bukan gimik semata-mata ye,” ujar Iman.
|
ADVERTISEMENT