CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Ibu Kutu' Yang Culas, Ahli Perniagaan Bergelar Datuk Yang Dituduh Sebagai 'Scammer'

3-7-2023 04:51 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 385| Komen: 2

Ahli perniagaan mendakwa dituduh sebagai 'scammer' selepas pengasas skim 'kutu' yang juga rakan baiknya gagal melunaskan bayaran kepada ahli sejak enam bulan lalu.

Datuk S Murugan mendakwa ditohmah di media sosial oleh sekumpulan individu sebagai dalang skim berkenaan, sedangkan dakwanya, dia sendiri menjadi mangsa.


Pengasas sebuah syarikat kewangan di ibu negara itu juga menafikan terbabit dengan sebarang skim penipuan pelaburan seperti yang disebarkan di media sosial.


Datuk S Murugan (kanan) dan peguamnya, Datuk Baljit Singh Sidhu pada sidang media di ibu negara, hari ini. - NSTP/GENES GULITAH

Sementara itu, peguam mewakilinya, Datuk Baljit Singh Sidhu, berkata pelbagai tohmahan yang dilemparkan kepada Murugam berniat jahat hingga memberi kesan negatif kepada perniagaan serta keluarga anak guamnya.

Katanya, ahli perniagaan itu menyertai skim berkenaan sejak 2019 dan membuat pembayaran RM20,000 sebulan sebelum kerugian kira-kira RM120,000 apabila skim itu mula bermasalah.


"Anak guam saya juga mangsa skim terbabit apabila 'ibu kutu' yang juga rakan baiknya gagal melunaskan bayaran sejak enam bulan lalu sebelum menghilangkan diri dan tidak dapat dihubungi sejak April lalu.

"Memang anak guam saya ada mempromosi skim berkenaan kepada 10 hingga 15 kenalan untuk menyertainya, namun apabila timbul masalah, tidak wajar anak guam saya dipersalahkan.

"Sekumpulan ahli menuduh anak guam saya 'scammer' skim pelaburan, mendakwa dia memberi rasuah kepada polis untuk tutup kes dan sebagainya, sedangkan perkara itu tidak betul," katanya pada sidang media di pejabatnya, di sini hari ini.

Menurut Baljit Singh, anak guamnya juga membuat satu laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dua bulan lalu untuk menjelaskan tohmahan yang dilemparkan kepadanya berhubung isu rasuah.

Selain itu, katanya, ahli perniagaan itu turut menulis surat kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) dan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkait isu sama.

"Anak guam saya beritahu dia adalah mangsa. Apa yang kita khuatir sekarang ialah penggunaan media sosial untuk memutarbelit fakta dan cuba mengaburkan mata orang ramai, itu yang paling bahaya.

"Berikutan itu, kita ada mengambil tindakan sivil terhadap pihak yang menjaja tohmahan itu. Kita juga akan failkan beberapa lagi saman malu kepada pihak yang cuba putar belit dan menjatuhkan nama baik anak guam saya," katanya.

Dalam pada itu, katanya, Murugan juga sudah membuat tiga laporan polis terhadap pihak yang didakwa memfitnahnya dan difahamkan, pihak berkenaan turut membuat laporan polis terhadap anak guamnya.

"Kita serahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan. Kita juga akan serahkan segala bukti yang kita ada serta ceritakan segala kebenaran.

"Tindakan mereka menyebarkan tohmahan melalui media sosial amat berniat jahat, bukan sahaja merosakkan nama baik anak guam saya, malah perniagaan selain memberi kesan kepada keluarganya," katanya.


Sumber: BH Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote imransulaiman 3-7-2023 11:29 PM
Bukan main kutu duit ni salah ke?
Quote chiyoasuka 1-8-2023 05:34 AM
scammer2 ni mmg ptt ditngkap

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 12:55 PM GMT+8 , Processed in 0.038070 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top