CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pegawai Kanan Polis ‘Tuan Nik’ Dan ‘Tuan Syukri’ Minta Sumbangan

3-7-2023 04:43 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 351| Komen: 3

Menyamar sebagai pegawai kanan polis bagi memohon sumbangan awam untuk program yang melibatkan Ibu Pejabat polis Daerah (IPD) Bentong menjadi taktik baru scammer memperdaya mangsa.

Malah bagi meyakinkan mangsa yang terdiri daripada ahli perniagaan, suspek juga turut menggunakan gambar profil yang beruniform pegawai kanan polis.



Gambar profil beruniform pegawai kanan polis yang digunakan suspek menipu mangsa.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd. Kahar berkata, pihak polis menerima laporan berkaitan kes itu semalam yang mana suspek menyasarkan ahli-ahli perniagaan di daerah ini.

“Polis menerima laporan berkaitan panggilan telefon dan hantaran WhatsApp dari seorang lelaki yang menyamar sebagai ‘Tuan Nik’ atau ‘Tuan Syukri’ yang menggunakan nombor telefon 0195673346 dan 01172394318.

“Orang ramai diminta berwaspada terhadap panggilan telefon palsu individu yang menyamar sebagai pegawai kanan polis Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong susulan wujudnya kejadian menyamar sebagai pegawai polis IPD Bentong dengan niat menipu,” katanya di sini hari ini.


Tambahnya, suspek menggunakan akaun di dua buah bank untuk memohon sumbangan daripada orang awam untuk program-program melibatkan IPD Bentong.

Menurut Zaiham, kes itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan siasatan giat dilakukan bagi mengesan suspek.

Katanya, pihak polis meminta orang ramai yang menjadi mangsa penipuan dalam kes ini agar tampil membuat laporan polis di balai polis berhampiran.

“Pihak polis juga memohon kerjasama orang ramai sekiranya menerima panggilan telefon atau mesej menerusi WhatsApp bagi tujuan mengutip derma untuk IPD Bentong agar segera menghubungi pusat kawalan daerah IPD Bentong di talian 09-2222222 atau mana-mana balai polis berhampiran.

“Orang ramai yang menerima panggilan palsu atau pun hantaran WhatsApp diingatkan agar tidak terpedaya dengan panggilan sedemikan yang cuba menjatuhkan imej Polis Diraja Malaysia (PDRM),”ujarnya. 


Sumber: KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Sesuatu… 3-7-2023 05:28 PM
Company aku pernah je IPD sebuah cawangan & jabatan immi sebuah daerah ni mohon sumbangan ikhlas. Satu nk hapgred building dia, satu buat jamuan iftar. Mmg bukan scam sbb siap letterhead lagi. Kita layankan sbb tau diorg pun mangsa kurang bajet negara.

Tu KDN KL tu sedih tgk building dia
Quote ArmandoLant 3-7-2023 08:47 PM
Here are some of the features of CarX Street Mod APK:
  • Unlimited money: You can buy any car or upgrade your car with unlimited money.
  • Unlocked cars: All cars are unlocked, so you can choose any car to drive.
  • Mods: There are a number of mods available, such as different car skins, new tracks, and more.
website

Quote chiyoasuka 1-8-2023 06:11 AM
scammer lagii

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 04:04 AM GMT+8 , Processed in 0.064811 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top