CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Pengurusan Kes Amelia Bayar Ganti Rugi Kepada A Aida Ditetapkan 24 Julai

3-7-2023 04:40 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1006| Komen: 8

Kuala Lumpur: Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 24 Julai ini bagi pengurusan kes lanjut berhubung rayuan pelakon Amelia Henderson yang diperintah membayar ganti rugi lebih RM200,000 kepada syarikat produksi A Aida Production Sdn Bhd dalam isu pelanggaran kontrak sebuah drama tahun lalu.


Perkara itu disahkan peguam Wan Nurliyana Abdul Rahman yang mewakili Amelia ketika dihubungi selepas prosiding pengurusan kes secara dalam talian di hadapan Timbalan Pendaftar Rozana Husin hari ini.

Menurut peguam itu, tarikh pengurusan kes lanjut diberikan berikutan keseluruhan alasan penghakiman masih belum siap.


Sementara itu, peguam Ashmadi Othman mewakili syarikat produksi itu ketika dihubungi turut mengesahkan perkara sama.

Sebelum ini, Amelia, 27, memfailkan rayuan kepada Mahkamah Tinggi terhadap keputusan kes saman perlanggaran kontrak perjanjian selepas kemenangan berpihak kepada penerbit Datuk A Aida, 53.


Amelia atau nama sebenarnya, Amelia Thripura Henderson diperintahkan Mahkamah Sesyen Sivil membayar ganti rugi lebih RM200,000 kepada syarikat produksi diasaskan A Aida iaitu A Aida Production Sdn Bhd.

Hakim Zulqarnain Hassan memutuskan demikian selepas membenarkan tuntutan saman yang difailkan syarikat produksi itu selaku plaintif terhadap saman yang dikemukakan kepada Amelia selaku defendan.

Dalam penghakimannya, hakim itu berkata, mahkamah mendapati Amelia sudah diikat dengan kontrak yang ditandatangani dalam drama Sekali Lagi Cinta Kembali.

Penghakiman mahkamah juga mendapati Amelia sendiri bersetuju membintangi drama itu selain turut bersetuju watak yang ditawarkan iaitu "Aira" yang mana Amelia adalah heroin dalam drama itu.

Untuk rekod sepanjang perbicaraan yang bermula 1 November tahun lalu, seramai tiga saksi daripada plantif termasuk A Aida atau nama sebenarnya Datuk Zaidah Awang dan tiga saksi defendan termasuk Amelia sendiri hadir untuk memberi keterangan.

Semasa perbicaraan seorang pengurus syarikat produksi memberitahu bahawa A Aida Production Sdn Bhd terpaksa menanggung kerugian akibat pelanggaran perjanjian yang dilakukan Amelia.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 3-7-2023 04:48 PM
Byk Sgt ke duit AH ni nak bayar saman
Quote dudaberhias 3-7-2023 05:20 PM
harap2 rayuan di tolak... supaya tak mendongak hidung tu ke langit fefeeling educated dan iq terpaling pandai... hujung2 kontrak pun tak pandai baca dan faham...

harap2 si ikan keli sawah padi tu bayar separuh sebagai hantaran kahwin...

Quote anilanil 3-7-2023 05:33 PM
Si keli tu tak pelik ke nape ame asnaf ni tiba2 setuju get back dgn dia. Aiols syak si keli tu mesti byk simpan duit dlm tabung ayam & si ame asnaf ni tahu. Takpe la nnt abe keli tolong bayarkan utk dak ame. Pasal kenduri kahwin, takpe. Nnt ramai la yg sponsor. Kalo takde pon takpe. Nnt buat je kenduri kat kedai makan si keli. Ramai2 mencekik cheesy fries.
Quote Buritan 3-7-2023 05:43 PM
anilanil replied at 3-7-2023 05:33 PM
Si keli tu tak pelik ke nape ame asnaf ni tiba2 setuju get back dgn dia. Aiols syak si keli tu mesti ...

Nape pggil ikan keli.. mmg laa tak hesem.tp takde laa rupe ikan keli.. kalo take tuu betul Ade iras tikus
Quote Nana_Man 3-7-2023 07:50 PM
Buritan replied at 3-7-2023 05:43 PM
Nape pggil ikan keli.. mmg laa tak hesem.tp takde laa rupe ikan keli.. kalo take tuu betul Ade ira ...

Pasal misai keli dia dulu.
Quote rayna_raynes 3-7-2023 08:12 PM
Kalau setakat case management tak perlulah buat bahan berita masuk cari. CM tu bukan plaintif/defendant kena attend pun
Quote sharlenetexas 4-7-2023 02:16 AM
Acik zaidah pakai tudung ke?


Quote dekmieDandy 5-7-2023 09:42 AM
aik 200k ke

rasa baca haritu juta-juta

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 07:46 PM GMT+8 , Processed in 0.156105 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top