CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bicara Kes Saman Sm Faisal Terhadap Caprice Bermula Oktober

3-7-2023 04:35 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1028| Komen: 12

Kuala Lumpur: Perbicaraan penuh kes saman membabitkan ahli perniagaan Datuk SM Faisal SM Nasimuddin Kamal terhadap penyanyi rap Caprice ditetapkan oleh Mahkamah Sesyen pada 4 Oktober depan.

Hakim Azian Othman menetapkan perbicaraan kes membabitkan SM Faisal dengan Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli berlangsung selama tiga hari bermula 4 hingga 6 Oktober ini.

Perbicaraan itu berlangsung atas dakwaan memuat naik hantaran berbaur fitnah di Instagram miliknya, yang mengaitkan ahli perniagaan itu dengan kes bekas isterinya Emilia Hanafi.


Peguam, Puteri Ummi Kartini Abd Latiff mewakili SM Faisal selaku plaintif berkata, mahkamah mencadangkan supaya kedua-dua pihak berbincang untuk mencari penyelesaian.

"Mahkamah memerintahkan pihak-pihak terbabit mempertimbangkan sama ada dapat menyelesaikan kes itu secara baik pada pengurusan kes akan datang.

"Sehubungan itu, mahkamah menetapkan 28 Julai ini untuk pengurusan kes," katanya hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan SM Faisal, 43, memfailkan saman menerusi Tetuan Akberdin & Co pada 15 Ogos lalu dengan menamakan Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli, 36, sebagai defendan.

Berdasarkan pernyataan tuntutan, SM Faisal mendakwa pada 27 Jun lalu, Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur memerintahkan Emilia menjalani hukuman penjara selama tujuh hari, selepas didapati gagal mematuhi perintah pengkomitan mahkamah.

Dakwa plaintif, insiden itu diuar-uarkan dan dimanipulasi oleh Emilia atau pihak tertentu dengan berniat jahat (mala fide), melalui media massa atau elektronik secara meluas tanpa sebarang rujukan atau klarifikasi daripada pihak plaintif atau Mahkamah Syariah, berhubung kedudukan sebenar kes membabitkan plaintif dan bekas isterinya di Mahkamah Syariah.

SM Faisal mendakwa sehari selepas itu (28 Jun), defendan memburukkan plaintif atau Mahkamah Syariah dengan memuat naik video dan hantaran memfitnah, di Instagram defendan.


Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote vanillaninja 3-7-2023 04:40 PM
Apa yang heols comment? Ada lagi ke post tu?
Quote Raline 3-7-2023 07:00 PM
sm saman dia kaw kaw!!!
Quote Kitty_catz 3-7-2023 07:30 PM
jaga2 kome... esok2 hat temfek sofa merah sama bunggung layut berkerak pun kena angkut sama yach
Quote anony-mous 3-7-2023 07:41 PM
Eh vavi sm ni esok dlm kubur harap kena seksa kaw2. I doa heols mati x sempat taubat. Jahat mcm gini pon still ada yg backup
Quote alesandra 3-7-2023 07:50 PM
Sblm ni ada tak lagi kes saman? terpaling mencapub .padan la muka...kenalah tu 2-2 pun mangkok hayun
Quote sharlenetexas 3-7-2023 07:51 PM
Kitty_catz replied at 3-7-2023 07:30 PM
jaga2 kome... esok2 hat temfek sofa merah sama bunggung layut berkerak pun kena angkut sama yach

Ipanlah tu @ifanonline

Quote kakikuDibibirmu 3-7-2023 08:00 PM
Sofa Merah dengan topi nasik tersenyum sinis
Quote ultra78 3-7-2023 09:49 PM
sofa merah tu kan?
Quote minahmanja 3-7-2023 11:54 PM
Emilia dah settle duit, topi nasi pulak kena naik court hehe..
Quote she 4-7-2023 07:07 AM
Kan bagus dia tak saman
Orang pun akan lupa ingatan kes pukul bini tu
Dia dah bayar EH tutup mulut
Tapi dia sibuk nak saman orang lain pulak
Dah jadi sebutan balik

Dasar ego
Padahal kaya pun sebab nepo
Dia bajet nobody can touch me
Quote otai_g 4-7-2023 07:23 AM
Kitty_catz replied at 3-7-2023 07:30 PM
jaga2 kome... esok2 hat temfek sofa merah sama bunggung layut berkerak pun kena angkut sama yach

Sofa merah. Killer point utk manusia haprak.
Quote chiyoasuka 1-8-2023 06:08 AM
habislahhhh

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 10:44 PM GMT+8 , Processed in 0.049501 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top