CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

12 Tahun Kahwin Semua Benda Isteri Kena Buat Keputusan, Wanita Dah Jemu Ada Suami Terlampau Introvert "Aku Je Yang Bercakap"

3-7-2023 04:22 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3571| Komen: 50

Seorang wanita mendedahkan perkahwinannya selama 12 tahun lalu semakin pudar gara-gara pasangannya terlalu 'introvert'.

"Sejak kahwin, laki aku orangnya introvert. Aku je yang asyik bercerita, initiate nak buat apa-apa, buat-buat happy and all.


"Dari segala hal termasuk nak bersalin mana, kenapa, confinement lady, anak nak sekolah mana, bayar bulanan anak berapa, semua. Aku cari, aku decide.

Gambar Hiasan

"Dari mulut dia hanya 'apa yang terbaik untuk aku'. Macam baikkan? In fact dulu aku pun rasa macam tu. Bila anak makin besar, aku macam tersedar.

"Selama ini aku penat sangat-sangat berseorangan, hantar anak sekolah, ambil anak, fikir nak bagi makan apa, nak hantar tuition mana dan kenapa, harga, berapa semua atas kepala aku," luahnya di Facebook.

Tambah ibu kepada empat cahaya mata itu, suaminya tidak pernah culas memberikan nafkah untuk menampung segala perbelanjaan yang diperlukan.


Namun wanita tersebut menambah, sikap pasif suaminya itu makin membuatkan dirinya tawar hati.

"Semuanya berjalan atas dasar dia ayah, aku mak. Sibuk dan connect (berhubung) sebab anak-anak. So bila anak makin besar, nak connect apa sangat kan?

"Slowly dah tak connected. Macam dah tak hairan. Jauh dan tak hairan. Masuk tahun ke-12, aku rasa hambar dan mampu hidup seorang.

"So aku mulalah berbincang, aku dah tak nak dan silalah pergi. Dia tak nak. Minta cerai, tak nak juga dia bercerai. Dia cakap nak jadi macam yang aku nak," luah wanita tersebut.

Katanya lagi, sejak dia berterus terang, suaminya menunjukkan perubahan sepenuhnya dan mula cuba mengambil alih peranan yang digalasnya selama ini.

"Aku ni dah hidup atas kaki sendiri selama 12 tahun. Tiba-tiba dia ada, dia care, rasa awkward sangat. Aku tak reti, rimas dan pelik.

"Tiba-tiba dia nak ada dalam group sekolah anak. Tiba-tiba dia sibuk tanya ada homework apa. Rimas dan aku tak rasa cinta. Rasa macam 'dulu aku menangis for help, dia tak pernah nak tolong'.

"Aku mengamuk depressed uruskan semua benda, mana dia? Sekarang aku dah tawar hati," luahnya.

Wanita tersebut berkata, dirinya kini sudah nekad untuk berpisah sehingga sampai satu tahap, dia meminta pandangan peguam untuk menuntut fasakh.

"Untuk fasakh bukan senang-senang. In fact dia tak jahat. Cuma menyakitkan mata dan slow grower. Nak betulkan keadaan, aku tak rasa apa-apa dah.

"Masa hari Arafah, aku doa dia dapat perempuan lain je dan perkahwinan kami terhenti. Aku tak larat.

"Tolonglah jangan suruh aku berlapang dada dah ke apa. 12 tahun dah. Tolong..." akhirinya.

Sementara itu di ruangan komen, rata-rata warga maya meluahkan rasa simpati dan seakan-akan dapat menyelami perasaan wanita tersebut yang 'kepenatan' dek sikap suami.

"Kalau aku jadi dia pun aku penat. Kesian kalau biarkan isteri terkontang-kanting sendiri.

"Kerosakan telah berlaku... boleh perbaiki cuma perlukan masa dan usaha. Tapi semuanya akan kelihatan palsu pada mata si isteri. Moga Tuhan beri jalan terbaik untuk mereka.

"Dalam hal ini tak boleh salahkan suami je. Sebenarnya kita ada silap juga. Isteri tunjuk mampu buat semua, suami pula kalau tak suruh, memang tak buat. Jadi, berkomunikasilah," demikian antara komen netizen. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Mooverine 3-7-2023 04:31 PM
masalah komunikasi mereka 2 ni..
Quote plywood 3-7-2023 04:37 PM
boleh jer berubah selepas ada komunikasi tertentu.. ini suatu kesilapan dan kerosakan dah pun berlaku. keduanya mangsa keadaan... kalau nak cari salah keduanya ada salah

ketika ini hubungan suami dan isteri dan punah sebahagian besar kerana romance dah tak ada, boleh jer cerai kerana kebahagian dah berubah jadik kepayahan dan kesugulan.. tetapi anak-anak pula akan jadi mangsa .. maka mungkin bertahun-tahun pulak anak menanggung derita.. klu nak cerai pun pastikan anak-anak tak terkesan

Quote lattehazelnut 3-7-2023 04:41 PM
Kau faham ke x kak introvert tu ape..

Xheran lah byk je perangai laki mcm ni..
100% mak je yg jaga..
Dah didikan mak2 melayu mcm tu..
Tu nasib bg gak nafkah..
Yg sebar benih je lg lah ramai..
Quote msdummy.2018 3-7-2023 05:04 PM
Edited by msdummy.2018 at 3-7-2023 05:05 PM

Aku xtau nk ckp apalah..sb aku xsit in this kk shoes..tp kalo dia dh amik inisiatif tuk berubah...kita pun boleh beralah kot ....tp kan aku fhm jer rs skit ht kk ni...masa tine kita susah xnk ak dia tlg...skang dh senang sikit br nk berubah..dh terlmabt tuh...baik walk away jer..hahahhaha
Quote supernaturalee 3-7-2023 05:10 PM
Isteri tunjuk mampu buat semua, suami pula kalau tak suruh, memang tak buat


ape ke bodo sgt semua nk kena bg tau dulu klu benda sepatutnya jadi rutin
klu bab anak
masuk anak ke 2, 3 tak kan nk kena suruh itu ini jugak
klu x pasti, x reti2 bkk mulut bertanya
nk kena tgu bersuruh jugak ke caner

Quote brego 3-7-2023 05:48 PM
dah kau yang pilih dia sebagai calon hidup,
lepas tu kau pulak sendiri yg meroyan,
komplen macam2  

itu la dia pompuan

Quote naina 3-7-2023 05:57 PM
Bukan ke ramai bangga mengaku diri introvet atau dapat pasangan introvet. Acah2 kurang bersosial dan kurang terdedah aktiviti melepak luar rumah. Dan bukanke ramai isteri suka kalau semua keputusan ditangan dia? Suami follow je asal bagi nafkah cukup.
Rupanya ia suatu yang membosankan ya. Baik gaduh nak capai sepakat nampak mencabar kan yang akhirnya manis. 12 tahun takkan hubungan intim pun slow. Kemon. Harus buat sesuatu la kalau hubungan suami isteri tu dah start hambar. Memang rasa pelik dan tak enjoy as a Asben n wife.
Quote syamzana 3-7-2023 06:08 PM
bagi iols sng je, kalau dia dah penat nak gak bercerai proceed je la. jgn dok fikir org kata itu ini, ujung2 diri sendiri yg mereng. kat forum ni ramai dah tgk tatau la apa mslh depa
Quote cmf_premierleag 3-7-2023 06:12 PM
Nasib ko lah.ada sapa2 letak pistol ke kat kepala ko masa ko nk kawen dgn dia dulu?
Quote green~tea 3-7-2023 06:13 PM
Aneh2 aja masalah rumahtangga neh

Hari2 duk mengulit memancut.. alih2 nak komunikasi pun failed..

Hidup ini pilihan... maka usahalah utk membuat pilihan dan jalan terus dengan pilihan tu...
Quote hudalarva 3-7-2023 06:18 PM
Masalah komunikasi ni... Dan masalah reverse role... Sepatutnya awal2 laki u kena refuse buat tugas yg sepatutnya dipikul oleh suami... Tp 12 tahun baru tersedar...

12 tahun tu mmg cukup utk develop independency... And now your children yg kena tanggung kesilapan uols?

Maybe kaunseling perkahwinan boleh kurangkan sikit rasa tawar hati tu... Masih boleh diperbaiki lagi tu sikit demi sikit... maybe try to lower your ego and start again together... X payah perpanjang rasa menyampah ke apa ke... Bisikan syaitan je semua tu
Quote krustykrab 3-7-2023 06:28 PM
lattehazelnut replied at 3-7-2023 04:41 PM
Kau faham ke x kak introvert tu ape..

Xheran lah byk je perangai laki mcm ni..

Tu lah...intovert ke mcm tu? Mcm lebih pd pemalas je laki dia tu.
Quote Kitty_catz 3-7-2023 06:30 PM
ok la ko decide.. kan senang gaytohh

kalu tak kang berperang pulak sbb taknak ikut cakap somi

chuols nak apa sebenoehhhhhh fomfuannn?
Quote blue_blur 3-7-2023 06:36 PM
ni takda kaitan dengan introverted okeh.

Katanya lagi, sejak dia berterus terang, suaminya menunjukkan perubahan sepenuhnya dan mula cuba mengambil alih peranan yang digalasnya selama ini.


kalau tahun kedua ketiga kau minta cerai, dah setel pun perangai dia.
tu penting komunikasi, "expectation" jadahnya.... jangan sesekali harapkan apa2 dalam apa2 jenis situasi. apa kau harap tak sama apa dia fikirkan (dan sebalik nya)
Quote tumpanglalu74 3-7-2023 06:45 PM
Takyah labon panjang2..  Samade 2B, kecut, idop segan mati tak mau atopon ko dah menggatal dengan zantan lain kat belakang.  Added point, ko tergile2 somi cam Angkasawan tu yang complete pakej tapi laki ko usahkan naik roket tapi sekadar bawak Grab je.  Gitu kan?  Ko zelez laki onglain mantap2, bersixpek ape sume tapi laki ko dah boroi, konek sekadar cam katak puru je.  Betol tak cakap aku ni?  
Quote Decaffeinated 3-7-2023 06:46 PM
Ramai ja pompuan yang sikap macam suami tu takde pulak suami2 minta cerai. Semua benda suami kena fikir dia tau bangkang ja idea takde

Quote Samerosie 3-7-2023 06:55 PM
Mungkin dia dr mula dominant laki ada idea lain dia terus sailang lama2 laki pun malas dah, up to you dear, whatever makes you happy dear.  Ramai je mcm ni.  Tiba2 dia tersedar meroyan pulak, laki nak berubah biar lak dia galas kau chillex2 minum apple cider in the background, punnnnn tak nak sebab dah ala2 control freak kan.
Quote dua_chzy 3-7-2023 06:56 PM
Dia malas nak argue dengan kau la.

Introvert mende. Cer try soh ngorat calon madu.
Quote liyamariska 3-7-2023 06:59 PM
jelas ianya lebih kepada masalah komunikasi somi istri jer...

Lihat semua komen(50)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 04:05 AM GMT+8 , Processed in 0.063890 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top