Seorang wanita dikenali sebagai Mell terkilan apabila suaminya lebih memilih untuk pergi bersama wanita lain sehingga tergamak menjatuhkan talak terhadapnya di hadapan anak-anak. "Terima kasih sudah musnahkan rumah tangga saya, dan untuk awak suami, terima kasih atas semuanya. Dan, untuk betina itu terima kasih atas penipuan korang berdua buat dengan saya."
Lebih sadis apabila mengetahui si suami dan kekasih gelapnya itu telah menyewa sebuah hotel selepas menjatuhkan talak terhadapnya. "Awaklah punca anak-anak saya kehilangan ayah. Awak dah rampas kebahagiaan saya dan anak-anak saya. Disebabkan awak, (suami) lafazkan talak di hadapan anak-anak. Hancur perasaan anak-anak saya menjadi saksi atas apa yang berlaku dan sebab awak saya dan anak-anak keluar dari rumah yang sama-sama kami hadapi susah senang. "Di mana hati naluri kau sebagai wanita, sedang saya melutut memohon menjauhi dia (suami). Tapi, malam Jumaat kau dan dia sewa hotel dan di hari Jumaat juga dia lafazkan talak."
Bukan itu sahaja, Mell turut mendakwa wanita penyondol tersebut meminta suaminya untuk mematikan data, pengesan lokasi termasuklah meletakkan telefon bimbit dalam mod pesawat hanya untuk menutupi hubungan mereka. "Saya dan suami dan pjj bertahun-tahun lamanya, tahun ni baru Allah tunjuk satu per satu. Perempuan tu satu tempat kerja dengan dia. Diaorang pun dah nak kahwin." Perkongsian tersebut telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memberikan kata-kata semangat supaya Mell terus kuat meneruskan kehidupan bersama anak-anakanya. -CARI
|
ADVERTISEMENT