Penumpang van yang membawa jasad seorang wanita untuk pengebumiannya terkejut apabila dia 'bangkit semula'. Chataporn Sriphonla, 49, dikatakan meninggal dunia ketika dibawa pulang dari hospital di wilayah Udon Thani di Thailand pada 29 Jun.
Paramedik percaya bahawa Chatapporn tidak lagi bernyawa dan mengesahkannya meninggal dunia. Ibunya, Mali kemudian menghubungi saudara-mara bagi memaklumkan mengenai kematiannya. Mereka fikir pemergian tersebut berpunca daripada penyakit kanser hati yang dihidapi anaknya. Mali berkata: "Anak perempuan saya sedang dirawat kerana kanser di hospital, tetapi doktor memberitahu dia mempunyai harapan tipis untuk hidup.
Bagaimanapun, penumpang van yang membawa jasad Chaaporn ke kuil untuk disimpan semalaman, terkejut apabila Chatapporn secara tiba-tiba tersedar dan membuka matanya. Walaupun hairan anak perempuannya 'bangkit semula', Mali sekali lagi menghubungi keluarganya dan kali ini sangat gembira kerana berkongsi berita baik. Chataporn kemudian dikejarkan ke hospital dan berada di bawah pengawasan perubatan, sambil ditemani anak perempuannya. Sumber: mStar
|
ADVERTISEMENT